Azza Elite mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan membuang tiub
fallopio bahagian kiri rahimnya pada Disember tahun lalu ekoran
kandungannya berada di luar rahim.
Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, pembedahan
itu cukup meninggalkan kesan kepadanya kerana kehamilan keduanya itu
bukan sahaja gugur malah doktor mengesahkan dia akan mengalami kesukaran
untuk mendapatkan cahaya mata.
"Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya saya kerana
doktor mengesahkan saya sukar untuk hamil kerana hanya mempunyai satu
tiub fallopio sahaja. Biarpun redha dengan kejadian itu namun saya tidak pernah patah semangat
kerana yakin suatu hari nanti Allah akan memberikan rezeki anak kepada
saya dan suami," katanya.
Azza turut memberitahu dia pertama kali mengalami keguguran pada 2012
selepas beberapa bulan berkahwin dengan suaminya, Azlan Zulaily dan kali
kedua pada Januari 2013. Azza berkata, dia terkejut apabila doktor mengesahkan dia hamil buat
kali ketiga pada Disember tahun sama namun mengalami keguguran pada
minggu ketiga kehamilannya.
Jelas Azza, biarpun sedih namun dia optimis dia masih mampu hamil lagi
selepas ini biarpun hanya terpaksa bergantung kepada satu tiub fallopio
sahaja. Kehamilan ketiga itu adalah bukti kuasa Allah lebih daripada segalanya
dan membuatkan saya bertambah yakin bahawa saya akan hamil lagi selepas
ini," ujarnya.
Tambah penyanyi itu lagi, suaminya juga turut menjadi pendorong semangat
kepadanya dan memastikan dia tidak melakukan kerja-kerja berat dan
mendapat rehat yang cukup. Malah kata Azza, pelakon Rozita Che Wan dan Didie Alias banyak memberinya
nasihat dalam mengharungi masa sukar tersebut selain memberikan tip
untuk terus mencuba mendapatkan zuriat. mstar
-- Asmaa Aljuned Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi MH17 Buka Boost Juice Di Cyberjaya
-- Vie Santie Isteri Eizlan Yusof Fail Pengesahan Lafaz Cerai (Gambar)
-- Azrinaz Dapat Injunksi Mahkamah Henti Pengedaran Buku Pembunuhan Michael McGurk
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!