Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 bakal dinikmati kira-kira
1.5 juta penjawat awam pada Januari depan, demikian diumumkan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250. "Pemberian bonus ini akan dibayar pada Januari 2015," katanya ketika
membentangkan "Bajet 2015:Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat.
Perdana Menteri berharap pemberian bonus itu sedikit sebanyak dapat
meringankan beban kenaikan kos sara hidup dan menjaga kebajikan penjawat
awam, terutama kepada keluarga untuk persediaan musim awal
persekolahan, kelak. Pada Julai lepas, kerajaan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500
dan RM250, masing-masing kepada penjawat awam dan pesara kerajaan
sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
Bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54. Bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam
pula, Perdana Menteri berkata kerajaan akan menambah baik 252 lagi skim
perkhidmatan sedia ada.
Ketika membentangkan Bajet 2014 tahun lepas, Najib telah mengumumkan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan awam. Najib berkata kerajaan juga bersetuju memberi bantuan bulanan RM300
seorang bagi menghargai khidmat pegawai dan petugas kontrak Jabatan
Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), JPNIN,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Seranta Felda, yang telah
berkhidmat melebihi 15 tahun dan telah tamat perkhidmatan kontrak
mengikut umur persaraan wajib. "Inisiatif ini akan memanfaatkan 1,655 individu," katanya.
-- Cermin Gelap Peraturan Baru Mulai 1 Nov 2014 (Gambar)
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
-- Ibu Datuk Seri Hishammuddin Meninggal Dunia (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
No comments:
Post a Comment