Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, bakal menamatkan
zaman bujangnya Jumaat ini apabila melangsungkan pernikahan dengan Cik
Khaleeda Bustamam, 21.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli
berkata istiadat pertunangan dan pernikahan baginda dengan wanita
pilihannya itu akan berlangsung di Istana Bukit Serene pukul 10 pagi
pada hari itu.
"Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan
menghadiahkan tujuh barangan kepada pihak perempuan, manakala pihak
keluarga perempuan pula akan membalasnya dengan sembilan barangan,"
katanya pada sidang media di Bukit Timbalan. Istiadat pernikahan dikendalikan Mufti Johor Datuk Tahrir Samsuddin.
Hanya kerabat dan keluarga terdekat kedua-dua pasangan dijemput menghadiri istiadat pertunangan dan pernikahan itu. Cik Khaleeda akan dikurniakan gelaran Che Puan, isteri kepada Tunku
Mahkota Johor selepas istiadat pernikahan itu, menurut Abdul Rahim. Katanya, istiadat merisik telah pun berlangsung pada 27 Sept lepas
dengan rombongan diraja diketuai Tunku Temenggong Johor Tunku Idris
Iskandar Sultan Ibrahim.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor itu juga mengumumkan
istiadat persandingan Tunku Mahkota Johor dengan Cik Khaleeda akan
diadakan di Istana Besar, Johor Baharu pada 7.30 malam, 8 Nov depan. Istiadat persandingan itu bakal berlangsung secara sederhana tetapi
penuh dengan adat istiadat diraja Johor dan ketenteraan, dijangka
dihadiri oleh kira-kira 1,200 jemputan dari dalam dan luar negara.
Antara tetamu kehormat yang akan menghadiri istiadat itu termasuk
Sultan Brunei, Sultan Pahang, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana
Menteri, Perdana Menteri Singapura serta barisan exco dan anggota Dewan
Undangan Negeri Johor. Menurut Abdul Rahim tiada liputan media bagi istiadat berkenaan.
Tunku Mahkota Johor diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Baharu dan
merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik kepada Sultan Johor
dan Raja Zarith Sofia. Baginda mendapat pendidikan awal persekolahan di Johor Baharu sebelum
melanjutkan pendidikannya di Australian International School, Singapura
pada 1999 dan Hale School di Perth, Australia.
Bermula 17 Julai 2003 hingga 11 Disember 2004, Tunku Ismail menjalani
latihan ketenteraan di India Military College di Dehradun, India dan
ditauliahkan pangkat Leftenan. Baginda menempa sejarah apabila menjadi rakyat asing pertama
mengetuai Rejimen Berkuda Tentera India memberi tabik hormat kepada
Presiden India, A.P.J Abdul Kalam sempena sambutan Hari Kebangsaan India
ke-58 pada 20 Januari 2007.
Cik Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur dan
merupakan anak bongsu kepada lima adik-beradik kepada pasangan Bustamam
Daud dan Aziyah Abdul Aziz. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman
Seri Gombak bermula 2000 hingga 2003, sebelum meneruskan pendidikan
awalnya di Sekolah St. George's Hanover Square, London pada 2003 hingga
2004.
Cik Khaleeda melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster
Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan di Sekolah Sri
Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010. mstar
-- Farhan Juara Dai Musim Kedua Raih RM50 Ribu (Gambar)
-- (Gambar) Miera Liyana Tak Sedar Baju Terlampau Seksi, Nmpk Sisi Payudara????
-- Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
1 comment:
wow...berita panas ni..
semoga TMJ berbahagia dan kekal hingga ke anak cucu
Post a Comment