Perodua semalam menjelaskan beberapa keping gambar yang disebarkan
dalam media sosial menggambarkan belakang akhir gandar sebuah Perodua
Alza terpisah daripada bingkai.
Presiden Perodua dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid
Salleh berkata, kerosakan yang ditunjukkan dalam gambar tersebut
disebabkan pelanggaran antara Perodua Alza dan kenderaan lain.
"Dalam beberapa posting, mereka mendakwa bahawa kenderaan itu rosak
akibat kawalan kualiti rendah. Kami ingin menegaskan bahawa Perodua
tidak bertolak ansur terhadap kualiti dan kawalan kualiti sama ada dalam
pengeluaran, jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan kami," katanya.
Aminar Rashid berkata, komitmen terhadap kualiti adalah satu komponen
teras dalam setiap empat tonggak transformasi iaitu transformasi
pengeluaran; transformasi produk; pembangunan dan penyelidikan dan
transformasi perolehan; dan transformasi kepuasan pelanggan.
"Kami ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan
mereka. Perodua akan ambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk
melindungi nama dan imej dari sebarang bentuk fitnah dan libel," katanya. sinarharian
-- Adib Datuk K Dilantik CEO Tune Studios (Gambar)
-- Cara Mengenalpasti Kereta Rosak Akibat Banjir 10 Tips (Gambar)
-- Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
No comments:
Post a Comment