Jabatan Perdana Menteri pada Isnin menjelaskan bahawa pesawat eksekutif
Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) dibeli untuk menggantikan Boeing
Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun.
JPM dalam satu kenyataan berkata kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun. Pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320.
Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan Setiausaha Agung Parti Keadilan
Rakyat Rafizi Ramli di Parlimen pada Isnin bahawa ACJ320 itu untuk
kegunaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut JPM, pesawat BBJ telah digunakan oleh MAS sejak 1999 sebelum
kerajaan memperolehnya pada tahun 2003 untuk kegunaan Yang di-Pertuan
Agong.
"Perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan dua tahun lepas
memandangkan kos penyelenggaraan kapal terbang itu semakin meningkat
berikutan faktor usia dan risiko keselamatan. "Perolehan pesawat ACJ320 dalam fleet pesawat eksekutif kerajaan dapat
mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan memandangkan
kerajaan sudah mempunyai pesawat ACJ319," menurut kenyataan itu.
Menurut JPM, selain ACJ319 dan ACJ320, fleet pesawat eksekutif kerajaan
termasuk kapal terbang yang lebih kecil iaitu pesawat Falcon yang
diperolehi pada 1989 dan Global Express 2001, kata JPM. mstar
-- Black Eyed Peas, T-Ara Dan Sistar Di Danga Bay Sempena Kemahkotaan Sultan Johor
-- Pelajar Mati Terjun Tingkat 10 Sekolah (Gambar)
-- Diana Danielle Seksi Jadi Model Majalah (Gambar)
-- Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
No comments:
Post a Comment