Rozita Che Wan kini tampil dengan imej baharu selepas pulang dari mengerjakan umrah bersama suaminya, Zain Saidin.
Pengurus Rozita, Afeeq Abdul Wahab di portal berita Astro Gempak
mengesahkan perkara tersebut menerusi laman sosial Instagram dan
Facebooknya.
Afeeq memberitahu Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta akan kekal dengan imej bertudung. “Berkat doa para peminat dan suami, Che Ta kini bertudung dan akan
terus kekal dengan imej tersebut. Ahamdulillah, sebelum ini dia memang
ada berniat untuk memakai tudung. “Saya tidak terkejut dengan keputusan yang dibuat Che Ta kerana sebelum
ini dia pernah ‘hint’ akan bertudung, cuma tidak sangka ia dilaksanakan
sebaik sahaja dia selesai mengerjakan umrah,” katanya.
Tambah Afeeq, setakat ini pihak endorsement menerima perubahan Che Ta
dengan baik dan tidak mempunyai masalah dengan imej baharu pengacara
Primadona itu. Che Ta dan suami berangkat menunaikan umrah pada minggu lalu dan selamat tiba dari tanah suci Makkah pada tengah hari semalam.
Terdahulu Che Ta pernah memberitahu kepada media akan menunaikan umrah bersama suami sebagai memenuhi nazarnya. Pelakon dan pengacara cantik itu juga pernah berhajat menunaikan umrah
jika dia mengandung selepas mendirikan rumah tangga dengan Zain pada
penghujung 2013.
-- Raja Abdul Aziz Bekas Akauntan Negara Meninggal Dunia (Gambar)
-- Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil Dato Zahari Di Yong Peng (Gambar)
-- Isteri Hisyam Hamid Kini Bertudung (Gambar)
-- Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)
No comments:
Post a Comment