Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut akibat
dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pensyarah universiti
berkenaan di dalam kawasan kampus.
Mangsa, Fatin Farradia Yusof, 20, dilanggar kenderaan itu ketika
berjalan selepas bergambar bersama rakan-rakannya di kawasan Fakulti
Komunikasi dan Pengajian Media sehingga menyebabkannya terjatuh dari
kawasan berbukit ke perhentian bas berdekatan.
Fatin Farradia merupakan penuntut tahun kedua Diploma Sains Sukan dan
Rekreasi meninggal dunia kira-kira 7.30 malam, di Hospital Tengku
Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, berikutan pendarahan dalaman. Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof Dr Azizul
Halim Yahya ketika dihubungi berkata dalam kejadian 5.20 petang itu,
mangsa yang baru selesai menghadiri kuliah, dikatakan sedang berjalan
bersama rakannya sebelum dirempuh kereta itu, menyebabkannya tercampak.
"Kereta pensyarah itu kemudian melanggar pembahagi jalan manakala
mangsa jatuh ke bawah bukit setinggi kira-kira lima meter dan pengsan
sebelum dia dikejarkan ke HTAR," katanya. Menurut Azizul, pensyarah wanita berumur 58 tahun yang memandu
kenderaan tersebut difahamkan mengalami sakit kepala sebelum kejadian
itu, menyebabkan beliau gagal mengawal kereta tersebut.
"Pensyarah itu kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital
swasta di sini untuk pemantauan lanjut daripada doktor," katanya. Sementara itu, jenazah Fatin Farradia difahamkan akan dibawa pulang
ke kampung halamannya di Dungun, Terengganu selepas proses bedah siasat
selesai. Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. mstar
-- Gadis 16 Tahun Lahirkan Bayi Dalam Tandas Rumahnya
-- (Gambar) 4 Pelajar UiTM Maut Kemalangan Di Km 4.2 Jln Machang Pasir Puteh
-- Gambar Fauziah Ghouse Dan Iqram Kemalangan, Kereta Remuk
No comments:
Post a Comment