Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor menurut keputusan tidak rasmi. Dalam keputusan itu calon BN Mat Razi Mat Ail menewaskan pesaingnya
daripada PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dengan majoriti lebih 1,000.
Pada PRU-13, BN menang dengan majoriti 1,736 undi. Pilihan raya kali ini mencatatkan 73 peratus pengundi keluar membuang undi. Pengumuman keputusan rasmi dijangka akan dibuat kira-kira pukul 9 malam.
PRK Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara Mat
Razi, Wan Rosdi dan calon Bebas Izat Bukhary Izat Ismail.
Ia diadakan ekoran kematian Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati 20
Ogos lalu. mstar
-- Bayi 8 Bulan Dicakar Biawak Di Pulau Tioman Kena 50 Jahitan Di Muka (Gambar)
-- Wanita Bersalin Di KLIA Sebaik Pesawat Mendarat (Gambar)
-- Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)
No comments:
Post a Comment