Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan Safrizal Tarmizan,
31, dan ibunya meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di
Kilometer 106.2 Jalan Kuala Krai- Gua Musang, ketika pulang
berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)
Pengkalan Kubor, awal pagi Sabtu.
Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan Norazman Mohamad yang mengesahkan
kejadian itu berkata, dalam kemalangan pada pukul 1 pagi itu, Safrizal
dan ibunya, Asmita Lukman , 56, maut di tempat kejadian manakala
isterinya Nor Izatil Aqmar Mat Lazim, 28, serta anak mereka Umar Al
Fateh, 3 bulan, cedera parah.
"Safrizal dan ibunya meninggal dunia. Isterinya mengalami kecederaan dan anaknya difahamkan mengalami pendarahan otak. "Kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Kuala Krai, manakala
jenazah Safrizal dan ibunya dibedah siasat di hospital sama sebelum
dituntut keluarga," katanya.
Norazman memberitahu, jenazah Safrizal dan ibunya akan dibawa pulang dan dikebumikan di Makam Sheikh Mohd Said, Negeri Sembilan. Mengulas lanjut, jelasnya, Safrizal berada di Kelantan dengan dua
tujuan iaitu untuk berkempen di Pengkalan Kubor dan untuk mengambil
isteri, anak dan ibunya yang berada di Kota Bharu sebelum pulang ke
rumah mereka di Seremban.
"Pada Khamis beliau pergi ke Pengkalan Kubor untuk membantu jentera
di sana berkempen sebelum mengambil isteri, ibu dan anak untuk pulang ke
Seremban pada Jumaat malam," ujarnya. Katanya, Safrizal yang merupakan bekas pelajar Universiti Al-Azhar
sempat menyatakan harapannya untuk melihat PAS menang di Pengkalan Kubor
bagi mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap parti itu. Allahyarham juga disifatkan sebagai seorang yang ceria dan boleh dibawa berbincang. mstar
-- Pelajar UiTM Fatin Farradia Maut Dirempuh Kereta Pensyarah Dalam Kampus Di Shah Alam (Gambar)
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
-- Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)
No comments:
Post a Comment