Seramai tujuh orang dikesan positif virus Influenza A (H1N1) di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas di Sabah. Pengarah hospital, Dr Tan Bee Hwai berkata, lima kanak-kanak dan dua
penjaga dewasa didapati positif H1N1 selepas menjalani ujian bagi virus
itu.
Berikutan keputusan itu, seluruh wad di hospital tersebut yang
terletak kira-kira 10 kilometer dari Kota Kinabalu terpaksa dikuarantin. "Ini termasuk pesakit-pesakit, pembawa wabak itu dan kakitangan di wad," katanya ketika dihubungi The Star pada Khamis. "Keutamaan kami sekarang ialah menghentikan penularan itu termasuk
mengkuarantin wad dan memastikan semua menjaga kebersihan diri seperti
kerap mencuci tangan selain penggunaan topeng muka," tambah Dr Tan.
Beliau berkata, pegawai perubatan turut berusaha untuk mengenal pasti sumber yang membawa wabak H1N1. Dr Tan berkata, doktor dan kakitangan juga perlu bersedia untuk
mengendalikan situasi itu berikutan wabak H1N1 pernah berlaku di
hospital itu pada 2009. "Kita mempunyai tindakan yang perlu dan tempat rawatan perubatan bagi menghadapi wabak ini," katanya.
Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Christina Rundi tidak dapat dihubungi bagi mengulas perkara itu. Difahamkan ujian saringan terhadap pesakit, ibu bapa pesakit atau penjaga dan kakitangan di hospital itu sejak dua hari lalu. Walaupun tiada pegawai kesihatan mengumumkan mengenai wabak itu,
kakitangan yang telah bekerja sejak 8 Januari lalu diminta untuk
menjalani ujian saringan. mstar
-- Majlis Resepsi Puteri Sarah Dan Syamsul Tema Islamic Arabic Night Di Pusat Konvensyen Setia City
-- Insurans Kereta Naik Mulai 15 Februari ?
-- Penduduk Pasir Mas Alami Cuaca Sejuk 17'C Ala Cameron Highlands Gitu
-- Cinta Jangan Pergi Episod Akhir Sinopsis
No comments:
Post a Comment