Pusat Tahfiz Amal di Km 17, Jalan Kuala Kedah-Yan telah diarah
menghentikan operasi melalui notis arahan tutup oleh Jabatan Agama Islam
Kedah (Jaik) pada 10 Februari lalu. Timbalan Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Jaik, Mohd Fadil Ab Rahman
berkata pihaknya akan melakukan pemantauan susulan bagi memastikan
pengurusan sekolah mematuhi arahan notis tutup itu.
"Mengenai notis tutup ini juga kita sudah laporkan kepada pihak polis
dan kita nanti apa tindakan yang boleh kita ambil jika mereka enggan
mematuhi notis berkenaan," katanya. Beliau berkata notis itu telah ditandatangani Pengarah Jaik, Datuk Noh
Dahya yang dikeluarkan mengikut Seksyen 12(1) Enakmen Pengawalan
Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah Tahun 1988.
"Notis berkuat kuasa serta-merta itu dikeluarkan Jaik sebagai susulan
kepada notis bertarikh 1 Januari 2007, selepas Jaik mendapati pusat
berkenaan masih menjalankan operasi sebagai sekolah Islam tanpa
pendaftaran," katanya. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini mengesahkan pusat
tahfiz tersebut bernaung di bawah ajaran Azhar Wahab atau ajaran
Al-Mansur yang difatwakan sesat.
Difahamkan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke-57 yang
bersidang pada 10 Jun 2003 membincangkan mengenai ajaran Azhar Wahab dan
memutuskan ia bertentangan dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah dan menyeleweng daripada Islam.
Isu mengenai pusat itu yang memperalatkan pelajar mengutip derma
menjadi tumpuan apabila beberapa laman web termasuk Facebook mendedahkan
beberapa keping gambar individu yang didakwa sebagai pengetuanya sedang
berhibur dan hidup mewah hasil kutipan derma yang dilakukan para
pelajar. sinarharian
-- Siapa Azizul Dan Shalwati Di Sweden Dari Pandangan Rakan Karib Mereka (Gambar)
-- Hukum Melabur Dalam ASB Dan ASN Menurut Majlis Fatwa
-- Perkahwinan Kedua Sharifah Aleeya (Gambar)
-- Guru Sepak Tumbuk Pelajar Diarah Jalani Pemeriksaan Mental (Gambar)
No comments:
Post a Comment