ad ld

Wednesday, May 15, 2013

Hari Ibu Bersantai Di Cinta Sayang Resort

Ibu tentunya insan yang sangat berjasa dalam kehidupan kita kan. Tak dapat digambarkan caranya nak balas segala jasa dan pengorbanan ibu terhadap anaknya. Sungguh bertuah dan beruntung bagi kita yang masih punyai ibu, dapat berbual mesra, nikmati masakan kegemaran dan perolehi keberkatan doa seorang ibu. Hargailah masa yang ada utk berdamping dgn ibu. Semasa kita semakin dewasa, ingatlah waktu itu juga ibu bapa kita semakin tua.


Hari Ibu weekend lepas, kebetulan my Ma masih ada kat sini so my En Ery ajak gi lepak Cinta Sayang Golf and Country Resort sama sama. Mulanya Ma x nak ikut, bagi orang muda muda je lah gi hotel katanya..hehe. Lepas En Ery mengayat baik punya mak mentua dia, Ma pun setuju join sekali.

Sebaik confirm booking dua bilik, terus packing2. Mulanya nak lipat gak la pakaian si twins Husna dan Hanis tu tapi papa cakap angkut sekali dgn bakul la senang, pastu bawa gak dua dua buai tu sekali letak dlm kereta kan senang. Perhhh mmg x penah terfikir pun nak gi bercuti dgn anak kembar camni..ekeke. TokMa pun terkejut sat dengar idea menantu dia tu, Ye ke ni? Layan je lah.

Sampai kat resort, rupanya bilik kami tu dekat je dgn parking lot, so bertambah senang la nak loading, angkut segala buaian dan bakul tu. Masuk je bilik nampak makin happy la Hanim dan TokManya, bilik TokMa plak kat sebelah je, boleh main lompat2 ikut pintu bersambung dlm bilik tu.


Hanim pun macam biasa la tanya ada swimming pool kat sini Mama? Puas hati la Hanim papa dia layan sejam lebih duk berendam dalam kolam tu.

-- Balik Kampung Berpantang
-- Hanim Dan Adik Adik Kembarnya Di Kota Bharu Lovely Moment
-- Si Kembar Di Kota Bharu Indahnya Makin Membesar
-- Bayi 6 Bulan Makan Nestum Dah Husna Dan Hanis 

3 comments:

Kniedaz said...

wah ...bercuti dengan si kembar ya...kalau bawa kembar kena ada escort ramai..hehehe...siap berangkut buai tu

@e_da said...

respect leh bercuti siap angkut buai.. gagah si ayah.. hehe apapun semua happy kan..

Mamasya said...

Aslmkum mamahanim
ada baby mmg gitukan byk benda kena angkut kalau pergi bercuti....apatah twin semua doublekan...tp yg penting dpt ceria sekeluarga.