Salam.. Mood ceria di pagi hari rasa agak terganggu bila view paper on9 jap td.. Sedih dgn situasi morality masyarakat muda mudi yg makin teruk tika ini. Uols try lah baca cer petikan bharian ni :
TANJUNG KLING: Segelintir pasangan muda yang dipercayai sedang hangat dilamun cinta, dikesan menjadikan kawasan Pantai Puteri, dekat sini, sebagai lokasi untuk melakukan maksiat termasuk sepanjang Ramadan sehingga menjejaskan kesucian bulan mulia itu. Tinjauan di kawasan ini mendapati pasangan terbabit gemar menjadikan lokasi yang tersorok dan sunyi di situ sebagai tempat memadu kasih dan aktiviti sumbang ini berlaku pada waktu siang dan hari bekerja.
Mereka dilihat seolah-olah tidak segan silu melakukan perbuatan itu, walaupun mudah dilihat masyarakat sekeliling, malah ada di antara mereka bukan saja berani melakukan adegan berpelukan, tetapi perlakuan lebih mencolok mata. Ada ketikanya, perbuatan itu turut ditegur masyarakat sekeliling khususnya di kalangan golongan tua, tetapi tidak berkesan apabila pasangan kekasih berkenaan melemparkan kata-kata kesat kepada pihak terbabit.
Dalam tinjauan terbaru kelmarin, beberapa pasangan kekasih yang dipercayai berusia dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun itu tanpa segan silu berpelukan, selain melakukan aksi berani berkucupan mesra. Seorang pengunjung pantai ini, Nordin Aman, 49, ketika ditemui berkata, aktiviti seperti itu perlu dibanteras segera bagi mengelaknya berlarutan kerana ia bukan saja menjejaskan imej Islam, malah kawasan peranginan berkenaan.
Sambil mengakui memang ramai remaja Islam di sini tidak menghormati kesucian Ramadan apabila berkelakuan sumbang serta memakai pakaian menjolok mata, beliau berharap penguat kuasa Jabatan Agama Islam (JAIM) bertindak segera menangani masalah itu. Perbuatan mereka itu mencemar kesucian Ramadan yang penuh keberkatan ini dan JAIM perlu mengambil tindakan kerana penduduk yang menegur perlakuan mereka itu, sering ditempelak semula oleh pasangan berkenaan, katanya.
Pasangan remaja masa kini terlalu berani melakukan maksiat secara terbuka, malah cara berpakaian mereka juga memalukan, sekali gus menunjukkan mereka tidak takut dengan hukum agama. Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata ketika mengulas isu ini berkata, pihaknya akan melakukan operasi mencegah maksiat di kawasan dikenal pasti sebagai sebagai tempat maksiat di negeri ini termasuk Pantai Puteri. - bharian
-- Agak2 lah nk bercinta pun... Bulan puasa ni..
No comments:
Post a Comment