Saturday, July 31, 2010

Gambar Kemalangan Ngeri Di Jln Lipis-Merapoh Gua Musang Kelantan

Besi penghadang tembus kereta
Seorang wanita terbunuh selepas kereta Proton Pesona dinaikinya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sehingga menyebabkan besi itu menembusi kereta mangsa di Kilometer 81, Jalan Lipis-Merapoh, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang, Halimah Hamat, 57, dari Gua Musang, Kelantan yang bekerja sebagai tukang sapu di Sekolah Kebangsaan Tengku Muhamad Fakhri Petra, Kelantan maut di tempat kejadian akibat cedera di kepala.

Suami mangsa, Yusuf Che Hamid, 60, yang bekerja sebagai tukang kebun di sekolah yang sama dikatakan mengalami cedera ringan sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk menerima rawatan lanjut. Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, turut cedera anak saudara mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang, Nuraiman Azhar, 7.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa bersama suaminya dikatakan dalam perjalanan menghala ke Seremban, Negeri Sembilan dari Gua Musang, dipercayai untuk menziarahi saudaranya. Katanya, kereta Proton Pesona dipandu Yusuf dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar besi penghadang jalan mengakibatkan besi itu menembusi kereta mangsa. Mangsa duduk di bahagian penumpang depan dirempuh besi penghadang jalan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian. - hmetro

Friday, July 30, 2010

Keputusan Imam Muda 2010 Final

Keputusan Imam Muda 2010 Astro Oasis-

Juara : Asyraf ( Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan )

Naib Juara : Hizbur ( Hizbur Rahman Omar Zuhdi )

Indahnya Meronda Di Hari Jumaat

Salam.. Hari ni Kedah cuti mcm biasa la kan.. Td pepagi lagi kuar utk bekfes around kol 9am.. Mmg weekend biasa bekfes kt luar je, senang nk trus meronda..hehe.. Lps lesai pekena nasi lemak, truskan misi cari baju kurung utk hanim di Central Square. Masuk First Lady pn xde jugak yg berkenan..huhu..


Xpe hanim ku syg, nti kita cari lagi ye.. Jom ronda ke tpt lain plak.. Then nk turun ke car park kena lalu depan McD, alahai.. Kebtulan ramai gilerzz duk Q kt situ n ada picca GCB besar plak tu, hanim tya lah,' Papa yg tu mcm iklan dlm tv kan, sedap ke? Papa hanim gelak je, sabar je lah..huhu.. Papa tarik tangan doter dia,' Jom kita gi Q skali'. Sempat gak si bini tya,' Be cmne dgn plan kurangkan f/food? Papa jwb,' Next week kan dh puasa, kita schedule balik lah pastu'. - Ho ho ho, no comment anymore..


Nak GCB, tp kena Q lama sgt, klu amik menu lain cepat skit, so bedal yg biasa je lah.. X larat n Q dooh.. Oohh McChicken pn sodapppp kannn..hehe.. Burrpppp, Alhamdulillah...

-- Happy weekend uols.. Have a nice day...

Penumbuk Jawab Pertanyaan Isteri

AMPANG: “Abang pergi dengan siapa? Lelaki ke perempuan?” Dua pertanyaan itu menyebabkan seorang wanita cedera di muka selepas ditumbuk suaminya yang bengang diajukan soalan itu. Bukan sekadar ditumbuk, mangsa berusia 20-an turut ditarik rambut dan dimaki-hamun dengan pelbagai kata-kata kesat.

Kejadian berlaku dalam kereta ketika pasangan suami isteri bersama anak mereka berusia dua tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Pandan Indah di sini, kira-kira jam 10 malam, 22 Julai lalu. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami pendarahan di hidung dan bengkak di muka selain sakit di kepalanya akibat rambut ditarik dengan kuat.

Menurut sumber, ketika berada dalam kereta berhampiran sebuah pasar raya, wanita itu bertanyakan suaminya yang bekerja sebagai kerani berhubung tugasan luar daerah yang perlu dihadiri lelaki itu di utara Semenanjung, hujung minggu ini. “Pergaduhan tercetus hanya disebabkan mangsa bertanya dengan siapa suaminya pergi, sama ada dengan teman sekerja lelaki atau perempuan. - hmetro

Thursday, July 29, 2010

Nak Shopping Pun Kena Ikut Mood Ok!!

Salam.. Ptg semlm on d'way blk keje, mcm biasa lah xtvt singgah menyinggah layan cik hanim dlu. Katanya nk baju kurung mcm mama..Alahai.. So terjah lah kedai pakaian yg berderet along Jalan Sultan Badlishah tu, masuk kuar 2-3 kedai tp still hampa, xde saiz la plak utk hanim.

Punya lah byk pilihan baju kurung yg ada tp kuciwa di situ. Hanim dh agak moody n papa dia x mau mood trus kacau then ajak lah ke tpt lain plak.. Hanim bt muka tgh moody tu.. huhu..

Jom ke Lagenda Height, kata papa. Ooh mama pn suka gi sana, byk baju cantik2 kt Lagenda tu. Ada chance utk mama gak ni kot..hehe.. Mmm, dh smp area tu tp susah nk park, ramai org maklum la bru gaji kan. 3-4 kali pusing tp xde jugak, so papa decide cari hari lain lah, kita gi makan nasi ayam nak? Hanim trus jwb,' Ok papa'. huhu..
Maka xde la shopping2 baju semlm tu, terjah Kedai Nasi Ayam Periuk Besar je lah..kui3..

Pipi tembam x mao senyum cmtu la auntie sekalian.. Tp mood hanim kembali ceria bila nasi ayam fevret dh smp depan mata..ahaks.. Layan je lah....

Agak - Agak La Kalau Tensen Pun Beb

Salam.. Apa uols bt bila tensen? makan? tido? karok? reading? nangis? menguap? huhu.. Pepun style uols, jgn tiru gaya ni ok...


- huhu..wheelieeee tuhhh... yg duk kt blkg tu muka selamba je, hati kering btul tahap kemarau agaknya..

Sedih, Amount Buffered Earning Ku Tetiba Berkurang Separuh

Salam.. Mood pagi ni tetiba spoil skit bila tgk acc nuffnang td, tup tup amount Buffered Earning (BE) berkurang SEPARUH n status Glitterati bertukar menjadi 'Ordinary'. Arrrr, kenapa jd cmtu? Anybody plz help me!!!! I wanna know what the reason is...

Di mana silapnya??? Tlg2..huhu.. Uols yg dh jd otai bab BE tu plz bagi advise skit kt sini ok..

Tq2.. Segala jasa baik anda amat dihargai..

Wednesday, July 28, 2010

Jelajah Blog Ramadhan 1431

Assalamualaikum semua.. Didahului ucapan terima kasih utk En.Ben sudi wujudkan segmen  Jelajah Blog Ramadhan 1431 ini yg tentunya amat bermanfaat utk semua bloggers.


Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua rakan2 bloggers baru mahupun lama, kenalan sahabat handai di mana saja berada, semoga kita semua dpt tingkatkan kualiti amalan ibadat di bulan yg mulia ini seterusnya berusaha ke arah kehidupan yg lbh baik, Insya Allah.

Sebagai hidangan utk anda semua terima lah Ayam Perap Masak Merah Madu.


Dan x lupa juga ada cenderahati shawls utk semua di Ayu Cinta.
Terima kasih atas kehadiran anda semua.. Sesungguhnya amat lah dihargai..

Lelaki Dan Ayat

Salam.. Bru sempat nk bt n3 daa, agak kebizian hr ni. Seb baik ada masa free skit nih, jom layan apa cer..hehe. Ptg semlm blk keje ada request drp hanim nk singgah Giant, nk gi main katanya. Jam pn awal lg bru 5.30pm, so terjah je lah.

Dugaan btul area mainan tu coz left side ada kfc n right side plak ada pizza hut..Dua2 fevret hanim tu, dia dh jeling tp seb baik dia x mintak mybe lbh teruja dgn mainan kot. Plan nk krgkan fastfood dri 3times/week ke sekali seminggu pn dh kira ok, byk lemak woo.. Setgh jam gak layan hanim lompat2 kt situ. Masa nk blk, ujan mula turun.. Ekceli plan nk blk masak, tp papa kata,' Ujan ni, malas la nk turun buka pagar, kita makan kt kedai siap2 lah syg'. -- Aisehh, ada gak cmtu ekkk. Pepun, i likeee that statement Be..kihkihkih.. Yea yea x yah masak..ahaksss..


Tgk hanim tu, posing baik je bila papa dia snap.. Tp sori lah, i xdan snap pn picca menu tu, tp mmg best ayam goreng, telur dadar, kue teow tomyam, daging merah n kailan ikan masin..perhhh..

- Auntie tinie, amy or syida yg gorjes tu, nk main lawan gusti lengan dgn hanim x? hikhik..

Tuesday, July 27, 2010

Agak2 Best Ke Naik Benda Tu?

Salam.. Ni sambung lagi cer weekend lps..huhu.. Lps acara makan2 byk masa lunch tu, terasa ngantuk plak. Tp my hubby kata xkan nk tido kt umah je weekend cmni. Rugi masa la.. Then I jwb lah,' Pastu ada plan ke Be? Baik punya soklan kan.. Kita gi ronda2 dgn kete je lah, ok x? tya hubby. Alahai xkan I nk jwb no kan..kih2..lg suka ada la.. Maka pusing2 je sekitar SP ni, n ada lah habuan utk cik hanim doter kesayangan tu. Tgk tu.. Best je nmpk hanim naik mainan tu, nk join skali gak lah..hehe..


Klu biar je hanim dgn papa dia mmg semua benda tu papa nk bg hanim main..huhu..


Dah2 tu hanim.. Bawak baki duit tu mama nk gi bli slurpee lg best..hikhik..mama jeles la tu kan..

Bila Aura Memasak Dtg Lagi

Salam.. Dh makan apa hr ni uols? Oooppss, warning utk yg berpuasa hr ni, n3 ni mybe agak mengganggu skit ok, sori2.. Jom layan apa menu kami di weekend lps..
Picca 1st tu kita tgk overall menu dlu ye..hehe.. N 2nd picca tu ant. bahan2 nya ialah...


Picca 3 - gulai kuning ok.

Picca 4 - ikan rebus goreng..mablesss.. Picca 5 tu ikan bilis goreng je..


Picca 6 plak semestinya kena ada ayam goreng kan.. N last but not least, udang goreng...


- Burrppppp... Alhamdulillah, kenyang beb..hehe.. Jom2 makan..

Monday, July 26, 2010

Berfoya Foya Di Hari Cuti

Salam.. Slmt pagi isnin uols.. Hr ni I dpt selami perasaan uols apa itu monday blues coz semlm i pn cuti gak. Ok x mao feeling lbh2 dh nk tghari ni kan. Jom layan apa cer di hari cuti ku..hehe.. Oohh di pagi ahad yg indah, cik hanim bgn awal 6.10am. Alahai baru je mama plan nk smbung tido lps solat subuh tp nmpk gaya nya x tercapai lah bila hanim dh bgn. Lps bekfes around 8am cmtu, papa tya apa program kita hr ni syg? Oppss bila dpt soklan cmtu mmg automatik lah terfikir nk jwb,' Shopping'..kui3.. Tp hanim dgn mulut penuh coco crunch mencelah,' Dh lama kita x gi mandi kt Tambun kan papa. Hanim rindu lah.'.. Alahai ayat tu mmg bt mama papa saling memandang, terkedu jap dgn request superb by hanim tu. Maka jwb papa,' Tambun tu jauh la syg, kita gi lain kali ye. Hr ni kita gi ronda2 je, ok? Jwb hanim, ok papa..tp promise tau, lain kali kita gi tambun tu.. - Hoho ho, mmg anak bertuah ini budak..

Lps hanim abis bekfes n gi tgk tv, papa tya mama,' Kita gi Carnivall pasni nak syg?' - Dh rasa dh, mesti papa akan bt something dgn request doter dia tu.. Jwb lah si bini,' Ok je, best gak tu..hehe.. Then, jom terjah The Carnivall Theme Park Sg Petani..


Tgk tu hanim berkepit je dgn papa dia.. Anak papa katakan..


Best gak 'berfoya foya' kt Carnivall ni tp kt Lost World Tambun lg best, lg luas n byk scenery menarik..


Dh nk balik ni, lps 3jam berendam. Senyum je si montel tu, xpe2, tggu turn mama shopping plak pasni.kui3.
- Alahai anak, sesungguhnya dirimu amat berharga..

Slps 100 Hari Meninggal Dunia, Mereka Masih Menanti Kepulangan Achik

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, pemergian Abdillah Murad Md. Shari atau Achik pada 19 April lalu masih lagi dirasai oleh isterinya H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof atau Tasha. Hari ini genap seratus hari Allahyarham Achik pergi meninggalkan kita.

Achik meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan maut di KM14.7 Lebuhraya Kajang-Seremban ketika dalam perjalanan pulang selepas menjadi hos rancangan Gah 1 di RTM. Kehilangan tempat bergantung pastinya meninggalkan kesan dalam hidup Tasha yang terpaksa membesarkan anak-anak mereka Putri Salfiah,2, dan Putri Nursumaiyyah,10 bulan, seorang diri.

Jelas lagi kedengaran perbualan janji terakhir Allahyarham sebelum mereka bercerai mati untuk membawa anak-anak mereka menghabiskan masa bersama, namun Allah lebih mengetahui segalanya. "Walaupun sudah seratus hari namun bagi saya tiada apa yang berubah, saya masih rasakan dia ada, begitu juga anak-anak. Janjinya untuk membawa kami keluar masih lagi jelas tergiang di telinga saya.

"Begitu juga anak-anak yang masih menunggu ayahnya. Setiap hari Salfiah pasti akan bertanyakan tentang ayahnya, saya hanya tunjukkan video terakhir Arwah ketika di Gah 1 bagi pengubat rindu mereka," ujarnya yang tiga kali seminggu menziarahi pusara Arwah. Bukan tidak menerima takdir yang tertulis tetapi dia masih belum bersedia melupakan segala kenangan manis yang masih terpahat kukuh diingatannya. Allahyarham Achik merupakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan sentiasa meletakkan keluarga sebagai keutamaannya walaupun dia sibuk bekerja.

"Saya redha dengan pemergian dia, tapi saya sedar saya terlalu bergantung kepada dia. Ketika dia masih hidup semua perkara dia nak buat. Termasuk kerja rumah dan jaga anak. Dia tidak boleh nampak saya susah pasti dia datang buat untuk saya. "Perkara-perkara itu yang membuatkan saya sangat terasa kehilangan arwah sehingga sekarang. Semua sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dia saya masih simpan," ujarnya dengan nada yang sayu.

Tambahnya lagi, kebanyakan barang-barang peninggalan Achik sudah disimpan di satu bilik simpanan khas. Koleksi pakaian pula kebanyakkan sudah diberikan kepada adik beradik mereka. "Baju Achik saya sudah beri kepada adik beradik dan sanak saudara sebab sayang pula jika disimpan begitu. Cuma tinggal beberapa helai buat kenangan saya ketika merinduinya. Manakala barangan lain disimpan di rumah emak saya," katanya. - mstar

Sunday, July 25, 2010

Skuad Bolasepak B-23 Malaysia atasi Korea Selatan 1-0

Pasukan bola sepak bawah 23 tahun negara menewaskan pasukan Olimpik Korea Selatan 1-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini sebentar tadi.

Gol kemenangan Malaysia dijaringkan Safiq Rahim pada minit ke-50.

Perlawanan itu diadakan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan Korea Selatan. - bharian

Yassin Ditahan Positif Dadah

SUBANG JAYA: Bekas anggota kumpulan pelawak Senario, Yassin Yahya (gambar), ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah, awal pagi Ahad. Yassin,32, ditahan di sebuah pusat hiburan di Sunway Piramid sekitar pukul 1 pagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya juga menjalankan ujian air kencing kepada 30 orang awam lain yang berada di pusat hiburan itu. "Tiga lelaki termasuk Yassin didapati positif dadah selepas ujian tersebut dilakukan.

"Ujian tersebut juga mendapati Yassin mengambil dadah jenis ganja, manakala dua orang lagi iaitu pengurusnya dan seorang ahli perniagaan dikesan mengambil dadah jenis ketamin," kata Khalid seperti dipetik portal The Star Online, Ahad. Tambahnya, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya. - mstar

Gambar Kemalangan Di Batu Feringghi George Town

Mohd. Helmi Abdul Rahim, 20an,terbaring di atas jalan raya selepas tercampak ke atas sebuah kereta Proton Saga dari arah bertentangan setelah gagal mengawal motosikal Honda yang ditunggangnya di Batu Feringghi, George Town, semalam.

Mangsa kemalangan itu yang berasal dari Teluk Bahang dikatakan pengsan di tempat kejadian dan mengalami kecederaan teruk di kepala telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang.

Menurut saksi, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.45 petang yang mana mangsa dilihat menunggang berseorangan secara laju dari arah pusat bandar ke Batu Feringghi bertindak memotong sebuah teksi tetapi gagal lalu merempuh kereta Proton Saga itu. - foto BERNAMA

-- Tolak Seks, Nurul Awatif Dibunuh Dibakar Di Ampang Jaya
-- Gambar Datuk Awang Jabar Maut Kemalangan di Km 26 Jln K Terengganu Kemaman Dungun
-- (Gambar) 3 Maut Honda Civic Melambung Atas Van Vannette Di Lebuhraya Persekutuan Dkt Jln Syed Putra 

Tertelan Nyamuk Masa Baca Berita

TAIPEI - Seorang penyampai berita televisyen Taiwan, Huang Ching dikejarkan ke sebuah hospital selepas tertelan seekor nyamuk yang muncul ketika dia sedang membaca berita secara langsung di udara, lapor sebuah akhbar semalam.

RAKAMAN menunjukkan detik ketika seekor nyamuk (dalam bulatan)
terbang memasuki mulut Ching


Wanita tersebut tercekik diserang asma apabila serangga itu tersangkut di kerongkong dan menyebabkan pengurusan stesen China Television Co. memutuskan siaran berita dengan iklan selama empat minit. Dia masih meneruskan tugas walaupun kelihatan nafasnya tercungap sebelum siaran diputuskan seketika dan seorang lagi rakan penyampai berita segera mengambil alih tempat Huang Ching yang sedang menerima rawatan kecemasan.

"Saya tidak pernah menjangka penangan seekor nyamuk boleh memberi kesan amat besar dan menjadikan hari itu bertukar sebagai begitu teruk," kata Huang Ching yang menghabiskan masa beberapa hari di sebuah hospital tempatan. - kosmo

Kopitiam Seluruh Negara Diragui

Penyediaan makanan berasaskan daging di hampir semua kopitiam di negara ini diragui status halal setelah pengusahanya didapati mendapatkan sijil halal hanya dengan menelefon syarikat yang mengeluarkannya. Perkara itu didedahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hasil serbuan dan siasatan berikutan aduan orang ramai.

Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, siasatan pihaknya mendapati syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal itu tidak melakukan pemeriksaan di premis kopitiam terbabit apatah lagi di pusat penyembelihan dan status bekalan daging. Jelas beliau, sebaliknya syarikat terbabit mengeluarkan sijil halal itu dengan hanya menemu bual pengusaha tersebut melalui telefon sahaja.

Menurutnya, justeru, semua makanan berasaskan daging yang disediakan oleh kopitiam di negara ini diragui status halal. “Permohonan dibuat melalui telefon... pihak syarikat (halal) itu akan menyoal sama ada mereka menyediakan alkohol atau menyediakan daging babi dan beberapa soalan lain. “Jika tiada, ia bermakna premis itu layak menerima sijil halal,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar hari ini mendedahkan sebuah kopitiam di Kepong yang diserbu penguat kuasa Jakim selepas dipercayai mendapatkan bekalan ayam daripada sebuah pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf. Saimah berkata, hampir keseluruhan kopitiam di negara ini menggunakan sijil halal dikeluarkan oleh syarikat swasta kerana lebih mudah dan cepat diperolehi. Beliau memberitahu, sebaliknya jika dipohon daripada Jakim, ia memerlukan pemeriksaan yang menyeluruh daripada restoran sehingga ke pusat penyembelihan. - utusan

Imam Muda : Aran dan Taufek Tersingkir

Ahmad Hazran Ahmad Kamal atau Aran, 26, dan Mohd Taufek Mohd Noh, 27, terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada program yang mempunyai ramai peminat itu. Mereka puashati perjuangan hanya sampai setakat minggu kesembilan.

Episod sembilan yang disiarkan di Astro Oasis, menyaksikan Hizbur Rahman Omar Zuhdi dan Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan layak meneruskan perjuangan ke peringkat akhir yang akan berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam pada 30 Julai ini.

Saturday, July 24, 2010

Krisdayanti Minta Maaf Cium Raul Suami Orang

Penyanyi terkenal, Krisdayanti meminta maaf selepas dia mencium kekasihnya, Raul Lemos yang merupakan seorang ahli perniagaan dari Timor Leste pada satu sidang akhbar di sebuah restoran, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut penyanyi yang terkenal dengan panggilan KD itu, dia akan belajar daripada kesilapan tersebut setelah membaca pelbagai komen negatif yang dilempar kepadanya di Facebook.
 

"KD tidak sakit hati dengan komen itu," katanya pasa sidang akhbar di pejabat peguamnya di Menteng, di sini semalam. Penyanyi itu berkata, pada pagi semalam terdapat pihak yang menganjurkan kempen Say No to KD. Krisdayanti berkata, banyak pihak yang memberi peringatan kepadanya dan dia berasa kesal kerana mencium kekasihnya yang merupakan suami orang itu di tempat awan. Dia yang merupakan bekas isteri penyanyi Anang Hermansyah itu mengucapkan terima kasih kerana pelbagai pihak memberikan teguran kepadanya berhubung isu tersebut.

"Saya berterima kasih dengan adanya masalah itu yang merupakan pembelajaran buat saya. "Kadangkala saya berasa tidak popular tetapi di luar sana masih ada yang mengharapkan saya untuk bersikap baik," kata Krisdayanti. Kelmarin, Majlis Ulama Indonesia menyatakan keresahannya ekoran tindakan Krisdayanti mencium kekasihnya yang masih belum bercerai dengan isterinya. - Agensi

-- Agnes Nafi Gambar Bogel itu Miliknya
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam

Gegaran Gempa Sumatera Dirasai Di Pantai Barat Semenanjung

Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter berlaku di utara Sumatera, Indonesia pagi ini dan gegarannya turut dirasai di kawasan pantai barat Semenanjung.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan kejadian itu.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berlaku 10.11 pagi, berpusat di 40 kilometer (km) tenggara Padang Sidempuan, Indonesia, dan 307 km tenggara Klang, Selangor.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Wilayah Persekutuan, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima beberapa panggilan daripada pengurus bangunan di sekitar ibu negara yang memaklumkan berlakunya gegaran kecil.

"Antaranya bangunan yang menempatkan bank, hotel dan beberapa pangsapuri. Turut merasai gegaran kecil ialah ibu pejabat bomba Kuala Lumpur di Jalan Maharajalela," katanya sambil menambah pihak pengurusan bangunan dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri.

Azizan berkata, beliau dimaklumkan pengurus bangunan juga tidak meminta penghuni untuk mengosongkan bangunan. "Pihak bomba akan memantau perkembangan tersebut melalui maklumat terkini Jabatan Meteorologi," katanya. - BERNAMA

Gambar Jet Pejuang CF - 18 Terhempas

SEBUAH jet penggempur CF-18 terhempas semasa sesi latihan penerbangan di lapangan terbang Lethbridge County, Kanada. Bagaimanapun juruterbangnya, Kapten Brian Bews berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan payung terjun. Gambar kecil, sejurus sebelum pesawat terhempas. - Foto AP

Agnes Nafi Gambar Bogel itu Miliknya

Tak habis lagi dengan cerita Ariel, Cut Tari dan Luna Maya, kini timbul cerita panas mengenai seorang penyanyi popular dari Indonesia iaitu Agnes Monica. Ia semua gara-gara imej wanita bogel dalam tab mandi yang dikatakan sama seperti penyanyi lagu Matahariku itu. Agnes bertindak pantas dengan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar bogel yang beredar di Internet itu adalah dirinya.

http://cintapertamakami.blogspot.com

Khabarnya, tuduhan itu telah dibuktikan palsu apabila gambar itu tidak mempunyai tanda lahir seperti yang ada pada tubuh Agnes. Sumber turut mengatakan kesahihan gambar itu juga tidak boleh diterima akal kerana ia memaparkan wajah Agnes yang lengkap bersolek walaupun ketika mandi.

Selain itu gambar berkenaan turut diragui kerana banyak menampakan sesuatu yang tidak kena seperti berbezaan pada warna kulit dan muka. Jadi ramai individu di pihak Agnes beranggapan imej muka Agnes telah ditampal pada gambar bogel itu (superimpose), sebelum disebarkan ke internet. Namun, gambar tersebut bukan sahaja menjadi buah mulut pengguna laman forum di internet, tetapi kini sudah menjadi bahan bualan utama kebanyakan media Indonesia. - murai

-- Gambar Hot Zarina Ann Jolie Di Majalah FHM Indonesia
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar) 

Fatine Young Songsang Dapat Visa Tinggal di UK

Setelah lebih setahun berusaha, akhirnya jurusolek songsang kontroversi, Mohammed Fazdil Min Bahari, 37, berjaya mendapatkan visa untuk menetap di United Kingdom (UK). Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Mohamad Fadzil atau nama glamornya Fatine Young dalam entri terbarunya di laman sosial Facebook.

Entri terbarunya itu antara lain berbunyi: "Perjuangan sudah berakhir, berita baik, saya memenangi kes itu, saya boleh tinggal di UK." Keterujaannya itu turut mendorong dia mengumumkan hal yang sama dalam laman Right To Stay Together yang dibangunkan bersama 'suaminya', Ian James Young.

Fatine, seorang lelaki, sebelum ini dilaporkan memasuki Britain dengan menggunakan visa pelawat dengan had tempoh enam bulan dan telah membuat tiga kali rayuan untuk terus tinggal di sana bersama pasangan sejenisnya. Kisah Fatine menjadi bualan hangat setelah dia mengaku berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris yang juga pemilik syarikat penyelenggaraan hartanah di UK, Ian, 31, dalam satu majlis sivil di Pejabat Pendaftar Derby pada Jun tahun lalu. - kosmo

-- (Gambar) Nabil Raja Lawak dan Qasha Cium Mulut?
-- Gambar Fasha Sandha Di Majlis Harijadi Jejai
-- (Gambar) 'Usop Wilcha' Naik Angin Ada Pihak Ambil Kesempatan
-- (Gambar) Wanita Berbogel Jd Hos Program Masakan TV, Tarik Lelaki Minat Memasak!!!! 

Bila Bercinta Ada Nilainya

"Di mana saya mahu bersalin... wang sudah habis, makan pun terpaksa minta ihsan jiran," kata Liana Abdullah, gadis berusia 15 tahun yang mendakwa dilarikan ke Lombok, Indonesia sebelum dibawa pulang ke Malaysia, dua bulan lalu.
Dia yang sarat mengandung tujuh bulan berkata, suaminya, Tohri Jadi Jaya, 22, yang kini berada di Lombok tidak lagi mengirimkan wang kepadanya kerana tidak bekerja sejak pulang ke negara itu.

“Jika ibu mengandung lain mungkin sibuk membeli kelengkapan bayi, saya pula tak mampu, walaupun sepasang baju. Malah, nak makan seharian pun harapkan ihsan jiran yang sering mengajak makan di rumah mereka,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Liana yang dibawa pulang ke Malaysia pada 26 Mei lalu, berkata, dia bimbang dan buntu memikirkan nasibnya bersama bakal anak tanpa kehadiran orang tersayang, termasuk suami dan keluarga.

“Nak bersalin di hospital perlukan wang, bagaimana dengan saya yang tiada sumber kewangan. Setiap kali suami telefon, saya memaklumkan penderitaan dan minta wang, tetapi suami jawab dia sendiri sudah habis wang simpanan hasil bekerja di Sarawak dulu dan kini tidak bekerja, walaupun sudah berusaha sedaya mungkin.

“Dengan siapa lagi saya mahu mengadu... hanya suami yang jauh mahu mendengarnya, tapi tidak mampu menolong saya kerana dia tidak dibenarkan datang ke negara ini lagi,” katanya sambil menahan sebak.
Sementara itu, Tohri ketika dihubungi berkata, dia kesal kerana tidak mampu membantu dan memberi nafkah kepada isterinya, walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan untuk mencari pekerjaan, tetapi tidak menyembunyikan hasrat untuk kembali hidup bersama Liana. - bharian

Friday, July 23, 2010

Bayi Putus Kepala Ditemui

PELABUHAN KLANG - Seorang penyelam Royal Selangor Yatch Club tidak menyangka plastik hitam yang diingatnya berisi bangkai ayam yang dilihat terapung di Yatch Club rupa-rupanya mengandungi mayat bayi lelaki yang sudah terputus kepala.

Menurutnya, kira-kira jam 3.30 petang semalam, dia bersama beberapa rakan sedang menarik bot untuk dibawa ke darat bagi dibersihkan melalui landasan yang dikhaskan. “Ketika berada dalam bot, saya ternampak kaki kecil sebesar tapak tangan dewasa dalam satu plastik hitam yang terapung berhampiran landasan. “Saya memaklumkan rakan-rakan namun semua mengesyaki ia adalah kaki ayam yang dibuang orang ramai.

“Namun firasat saya kuat mengatakan ia adalah kaki manusia dan lantas saya turun ke dalam air lalu membawa plastik itu ke daratan,” katanya. Menurutnya, sebaik membuka plastik, dia dan rakan-rakan terkejut mendapati ia adalah mayat bayi yang sudah terputus kepala. “Kelihatan ia masih bertali pusat dan lehernya dipenuhi darah bercampur air. Perutnya juga sudah kembung dipenuhi air.

“Berdasarkan keadaan mayat, saya yakin ia baru dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab ke laut. Saya segera memberitahu pengurus yang kemudiannya menghubungi polis memaklumkan kejadian itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, sumber polis berkata, hasil siasatan mendapati bayi berkenaan adalah bayi lelaki.

“Ia dibungkus bersama sehelai lampin pakai buang dalam satu plastik hitam. Berdasarkan keadaan mayat kita mengesyaki ia dibuang ke laut dalam tempoh tidak sampai 24 jam. “Bagaimanapun kita akan menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan itu. Semua maklumat bakal diketahui melalui bedah siasat yang akan dijalankan pagi esok (hari ini),” katanya. “Mayat bayi itu kemudian dihantar ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang,” katanya.- sinarharian

-- Perbuatan yg sgt kejam.. Betapa seksanya bayi tu jika dia masih bernyawa ketika dibuang ke laut..

Mee Perisa Kaki Katak Muncul Lagi

Salam.. Uols tgk x berita td? Yg kes saman mee kaki katak tu? Huhu.. Dh smp naik court rupanya kan.. Klu ada antara uols yg still igt, kt blog ni ada n3 pasal mee kaki katak tu dlu bulan April lps.. Klik kt SINI.

Oooppss, layan dlu picca ni ok, sori la klu uols blom dinner..Nk makan apa tu ? Mee ke? Uweekkkkkk....


Dlm berita td sebut kedai tu kt Klang beb.. Hati2 ok..huhuhu..

Gambar Operasi Pembersihan Lubuk Yu Maran


CUCI ... Sebahagian pegawai-pegawai yang berpakaian khas memungut semua sampah-sarap di taman reakrasi Lubuk Yu yang ditutup untuk sementara waktu kerana menyebabkan enam kematian akibat jangkitan bakteria leptospirosis (air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah) selepas operasi menyelamat seorang mangsa pada bulan lepas di sini pada Khamis. Operasi pembersihan bersepadu yang dijalankan hari ini membabitkan 54 anggota dari enam agensi kerajaan iaitu Jabatan Kesihatan, Jabatan Veterinar, Jabatan Perhilitan, Jabatan Perhutanan, Jabatan Bekalan Air dan Majlis Daerah Maran bagi mengawal dan langkah-langkah mencegah penularannya. - Foto BERNAMA

Thursday, July 22, 2010

Bila Ferrero, Kinder Bueno, Heskeys dan Toblerone Bertemu

Salam.. Sape suka makan coklat kinder bueno? ferrero? heskeys? toblerone? Walaweh.. ptg semlm kenduri coklat, mmg best woo..  Tgk ni..


Dlm kete pn dh byk yg ditelan..huhu.. Tinggal toblerone je bila smp umah.. Perhhh, sgt2 mables itu coklat daaa... nyummmm2...


-- Coklat kan terapi tension, tak gitu uols?

Aksi Cium Mulut Kris Dayanti & Raul Lemos Di Sidang Media

Ketika menafikan hubungan cintanya dengan ahli perniagaan Raul Lemos, penyanyi kontroversi Indonesia, Krisdayanti atau KD tanpa segan silu mahu bercium dengan lelaki itu di depan khalayak. Ciuman mesra KD dengan Raul berlaku ketika mereka menghadiri sidang media di Radio Dalam, Jakarta Selatan, Rabu.


Pada ketika itu Raul sedikitt emosi ketika memperkatakan mengenai dirinya di sebuah tabloid hiburan. Portal Inilah.Com melaporkan, ketika melihat aksi Raul yang sedikit emosi itu, KD dengan manjanya cuba mencubit pipi lelaki itu sambil memberi ciuman ke bibirnya. Wartawan dan jurugambar yang hadir pada majlis tersebut menjadi terkejut lalu meminta kedua-dua pasangan tersebut mengulangi aksi berkenaan.

Bagaimanapun tanpa perasaan malu, KD terus menarik wajah Raul untuk menciumnya semula. Sementara itu Inilah.Com turut melaporkan Raul mengaku mahu menikahi KD tetapi perlu menguruskan penceraiannya dengan Silvalay Noor Artalitha. Raul berkata dia sudah melafazkan talak ke atas isterinya itu secara lisan dan atas alasan itulah dia berani untuk keluar bersama KD.

Mengikut perancangan, Raul mahu mengadakan majlis pernikahan mereka di tanah kelahirannya di Timor Laste dan KD sendiri tidak keberatan untuk tujuan itu. KD bercerai dengan Anang Hermanstah pada 22 Oktober tahun lalu. Khabarnya Raul Lemos menjadi penyebab penceraian tersebut. Setelah bercerai dengan Anang, KD tidak malu untuk menceritakan kepada pihak media tentang hubungan mereka itu. - mstar

-- Kris Dayanti Mengaku Hamil 4 Bulan, Nikah Baru 4 Minggu!!!! 20 Mac 2011
-- (Gambar) Nabil Raja Lawak dan Qasha Cium Mulut?
-- Gambar Fasha Sandha Di Majlis Harijadi Jejai
-- (Gambar) Mayat Gadis Kemalangan Viva Dan Lori Tangki Minyak Di Kg Gerai Besut Terengganu

Wednesday, July 21, 2010

Promosi Pantai : Keldai Diikat Pada Payung Terjun

MOSCOW - Pengunjung-pengunjung sebuah pantai di selatan Rusia terkejut apabila mereka melihat seekor keldai terjun dengan menggunakan payung terjun pada minggu lalu, kata polis semalam.

GAMBAR bertarikh 9 Julai lalu menunjukkan seekor keldai terjun dengan menggunakan payung terjun di sebuah pantai di selatan Rusia

Haiwan itu kelihatan ketakutan semasa ia hendak mendarat di sebuah pantai di kampung Cossack. Menurut seorang jurucakap polis, haiwan itu sebenarnya melakukan aksi pada satu kempen iklan yang dibiayai beberapa ahli perniagaan untuk menarik kehadiran orang ramai ke pantai berkenaan.

Namun, ia kini menjadi satu siasatan polis selepas gambar keldai itu disiarkan media yang mengkritik penggunaan haiwan tersebut. Akhbar Taman melaporkan bahawa kanak-kanak di pantai itu menangis dan bertanya kepada ibu bapa mereka kenapa keldai tersebut diikat pada payung terjun. - kosmo

-- Agak2 la nk bt promosi pun, kesian kt keldai tu, silap2 mau sakit jantung binatang tu kan..

Melayu Paling Ramai Tengok Porno

Satu kajian terbaru membuktikan remaja Melayu paling ramai melayari laman web lucah sekali gus mendorong mereka terjebak dengan gejala seks bebas berbanding kaum Cina dan India. Kajian oleh sekumpulan penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia itu mendapati 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di rumah mahupun di kafe siber.
 
FENOMENA ramai remaja Melayu mengunjungi kafe siber untuk mengakses laman web lucah begitu membimbangkan. - Gambar hiasan

Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa 15 peratus remaja Melayu suka melepak, menghisap rokok (13.7 peratus) manakala ponteng sekolah dan memaki hamun orang masing-masing 11.5 peratus.

Pengarah IPSAS, Profesor Dr. Md. Salleh Hassan yang mengetuai kajian itu berkata, bahan pornografi yang terlalu mudah dibeli dan diakses menerusi Internet menjadi punca utama remaja Melayu terjebak dengan gejala tersebut. Beliau berkata, lebih mendukacitakan, ibu bapa yang ditemu bual tidak mengaku kesilapan anak masing-masing sedangkan si anak mengakui kesalahan salah laku yang dilakukan mereka ketika disoal selidik. "Dulu, ponteng sekolah yang mendominasi salah laku pelajar tapi kini, mereka yang ditemu bual oleh kumpulan penyelidik kami mengaku lebih suka tengok pornografi dengan ke kafe siber,'' katanya. - kosmo

Penoreh Temui Mayat Gadis Bogel Terikat Pada Pokok

Mayat seorang gadis dalam keadaan bogel dengan kaki kanan terikat pada sebatang pokok ditemui di Estet Sungai Bagan, semalam.


Mayat dipercayai berusia 20-an dengan kesan tikaman pada dada kiri ditemui di tebing anak sungai dalam ladang itu oleh seorang penoreh getah kira-kira jam 1.15 tengah hari. - bharian

-- Manusia semakin kejam..

Tuesday, July 20, 2010

Warning : N3 Ni Utk Gegirl Yg Dh Kawin Je Ok

Salam.. Nk tya uols, agak2 la apa reaksi spontan uols bila tgk picca ni? Best? Geli? Meluat? Suka?

Ok2, ni nk tya gegirl yg dh kawin tu, klu tetiba ada view cmtu semasa husband uols duk Q belakang dia nk amik nasi ke, kt bank ke or mana2 je, uols selesa x? Mmg lah klu tya org lelaki maka jwb dorg,' Rezeki jgn ditolak'. uhuk..
X mau cer byk.. Lu pikir la sndri..huhu..

-- Pengomen tegar blog ini -  syida, eina, tinie, eily, amy, ena, mimie, niza, k.zai, nizaa sp n sewaktu dgnnya, ayat2 kamu diperlukan..hehe..