Friday, July 30, 2010

Penumbuk Jawab Pertanyaan Isteri

AMPANG: “Abang pergi dengan siapa? Lelaki ke perempuan?” Dua pertanyaan itu menyebabkan seorang wanita cedera di muka selepas ditumbuk suaminya yang bengang diajukan soalan itu. Bukan sekadar ditumbuk, mangsa berusia 20-an turut ditarik rambut dan dimaki-hamun dengan pelbagai kata-kata kesat.

Kejadian berlaku dalam kereta ketika pasangan suami isteri bersama anak mereka berusia dua tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Pandan Indah di sini, kira-kira jam 10 malam, 22 Julai lalu. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami pendarahan di hidung dan bengkak di muka selain sakit di kepalanya akibat rambut ditarik dengan kuat.

Menurut sumber, ketika berada dalam kereta berhampiran sebuah pasar raya, wanita itu bertanyakan suaminya yang bekerja sebagai kerani berhubung tugasan luar daerah yang perlu dihadiri lelaki itu di utara Semenanjung, hujung minggu ini. “Pergaduhan tercetus hanya disebabkan mangsa bertanya dengan siapa suaminya pergi, sama ada dengan teman sekerja lelaki atau perempuan. - hmetro

3 comments:

  1. lelaki bacul! toyol! moyol! x malu ke nak bertumbuk dgn isteri? salah ke tanya? akai adaaaa!!!

    ReplyDelete
  2. Astagfirullahal'azim..

    mcm tu ker gaya pemimpin?
    Nauzubillah..

    ReplyDelete
  3. mase nk bini dia dulu kemain usap2 belai2..la nih main tumbok2..sok2 main bunoh2..huhhh donia donia

    ReplyDelete

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!