Saturday, July 24, 2010

Krisdayanti Minta Maaf Cium Raul Suami Orang

Penyanyi terkenal, Krisdayanti meminta maaf selepas dia mencium kekasihnya, Raul Lemos yang merupakan seorang ahli perniagaan dari Timor Leste pada satu sidang akhbar di sebuah restoran, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut penyanyi yang terkenal dengan panggilan KD itu, dia akan belajar daripada kesilapan tersebut setelah membaca pelbagai komen negatif yang dilempar kepadanya di Facebook.
 

"KD tidak sakit hati dengan komen itu," katanya pasa sidang akhbar di pejabat peguamnya di Menteng, di sini semalam. Penyanyi itu berkata, pada pagi semalam terdapat pihak yang menganjurkan kempen Say No to KD. Krisdayanti berkata, banyak pihak yang memberi peringatan kepadanya dan dia berasa kesal kerana mencium kekasihnya yang merupakan suami orang itu di tempat awan. Dia yang merupakan bekas isteri penyanyi Anang Hermansyah itu mengucapkan terima kasih kerana pelbagai pihak memberikan teguran kepadanya berhubung isu tersebut.

"Saya berterima kasih dengan adanya masalah itu yang merupakan pembelajaran buat saya. "Kadangkala saya berasa tidak popular tetapi di luar sana masih ada yang mengharapkan saya untuk bersikap baik," kata Krisdayanti. Kelmarin, Majlis Ulama Indonesia menyatakan keresahannya ekoran tindakan Krisdayanti mencium kekasihnya yang masih belum bercerai dengan isterinya. - Agensi

-- Agnes Nafi Gambar Bogel itu Miliknya
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam

1 comment:

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!