Penolong Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Muhammad
Rizuan Suhaimi, yang didakwa menumbuk leher Timbalan Menteri Pendidikan
P. Kamalanathan dua minggu lepas, pada Isnin memohon maaf secara terbuka
kepada Anggota Parlimen Hulu Selangor itu.
Beliau dalam sidang media pada Isnin juga melahirkan rasa
terharu dan terhutang budi kepada Kamalanathan, yang dilaporkan semalam
sanggup memaafkannya. Muhammad Rizuan yang bertugas sebagai guru berkata tindakan
Kamalanathan itu membuktikan beliau seorang pemimpin berjiwa besar dan
sanggup mengetepikan soal peribadi untuk keharmonian masyarakat di
kawasan yang diwakilinya.