ad ld

Showing posts with label pen su pemuda umno bahagian hulu selangor. Show all posts
Showing posts with label pen su pemuda umno bahagian hulu selangor. Show all posts

Tuesday, January 28, 2014

Guru Tumbuk Timbalan Menteri Pendidikan Mohon Maaf

Penolong Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Muhammad Rizuan Suhaimi, yang didakwa menumbuk leher Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan dua minggu lepas, pada Isnin memohon maaf secara terbuka kepada Anggota Parlimen Hulu Selangor itu.

Beliau dalam sidang media pada Isnin juga melahirkan rasa terharu dan terhutang budi kepada Kamalanathan, yang dilaporkan semalam sanggup memaafkannya. Muhammad Rizuan yang bertugas sebagai guru berkata tindakan Kamalanathan itu membuktikan beliau seorang pemimpin berjiwa besar dan sanggup mengetepikan soal peribadi untuk keharmonian masyarakat di kawasan yang diwakilinya.