Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan seorang anak kapalnya telah
ditahan polis Perancis untuk disoal siasat atas dakwaan berperangai
tidak senonoh terhadap seorang penumpang.
Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan itu menyatakan anak kapal itu
telah ditahan apabila seorang penumpang Penerbangan MH20 dari Kuala
Lumpur ke Paris pada 4 Ogos lepas, mendakwa seorang anak kapal MAS
berkelakuan tidak senonoh.
"Oleh kerana Malaysia Airlines mengharapkan anak kapalnya sentiasa
mempamerkan tingkah laku paling terpuji, maka kami memandang serius
dakwaan ini. "Sudah semestinya kami akan membantu pihak berkuasa Perancis dalam
menjalankan siasatan mereka. Kami ingin menegaskan bahawa keselamatan,
keselesaan dan kesejahteraan penumpang sentiasa menjadi keutamaan
tertinggi kami," kata MAS. mstar
-- Maidin Ibrahim Meninggal Dunia Dalam Solat (Gambar)
-- Perkahwinan Jaclyn Victor Dan Shawn Rivera Vokalis Az Yet
-- Robin Williams Ditemui Mati Disyaki Bunuh Diri (Gambar)
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
No comments:
Post a Comment