Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar meninggal dunia pada
pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru atau 'paru-paru berparut'.
Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali. Sharifah Aini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu
pada Selasa lalu selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan
penyanyi itu dilaporkan stabil.
Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu. Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Aliff Omar Ali. Dalam pada itu, jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Masjid Al Taqwa
Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur selepas solat Subuh sebelum dikebumikan
di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Terdahulu, Allahyarham menerusi status Facebook miliknya sebelum ini
pernah meminta peminat-peminatnya mendoakan kesejahteraan beliau selain
meminta mereka menghadiahkan Al-Fatihah sekiranya beliau meninggal
dunia. Tulisan di FB itu menggambarkan seolah-olah beliau sudah merasakan bakal pergi buat selama-lamanya. mstar
-- Kereta Perisai ATM Terbalik Di Kuala Kangsar 2 Anggota Tentera Maut (Gambar)
-- Cinta Jangan Pergi Episod Akhir Sinopsis
-- Uqasha Senrose Kini Bertudung (Gambar)
No comments:
Post a Comment