Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Sabtu telah menggantung
serta-merta sijil pengesahan halal bagi dua produk coklat Cadbury yang
telah disahkan mempunyai DNA babi (porcine). Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha menegaskan pihaknya akan
menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti punca pencemaran ke atas
dua sampel coklat berkenaan.
"Jakim telah menggantung sijil pengesahan halal bagi kedua-dua produk berkenaan berkuatkuasa serta-merta. "Kami ingin menegaskan bahwa pensijilan halal Malaysia melibatkan proses
pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan
ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah
pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual
Prosedur Pensijilan Halal Malaysia," katanya..
Beliau berkata selepas sijil pengesahan halal Malaysia dikeluarkan,
pemegang sijil adalah tertakluk kepada pemeriksaan berkala Jakim. Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan DNA babi
dikesan setelah mereka menjalankan siasatan dan analisis terhadap tiga
sampel produk coklat keluaran syarikat Cadbury.
Siasatan KKM itu dibuat selepas isu pengesanan DNA babi dalam produk
coklat susu dengan kacang hazel - Cadbury Dairy Milk tersebar luas di
media sosial pada Jumaat. Sampel produk yang dikesan mempunyai DNA babi itu bernombor kelompok
(batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014 dan
nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15
Januari 2015.
Mengulas lanjut, Othman berkata pengguna yang selama ini menggunakan
mana-mana logo halal Malaysia tidak perlu bimbang kerana pemantauan
sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa. "Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran atau ketidak patuhan terhadap
syarat-syarat pensijilan, pihak Jakim akan menggantung atau menarik
balik sijil pengesahan halal dengan serta merta," ujarnya.
Jelasnya, dalam kes tersebut pemeriksaan secara berkala terhadap
syarikat pengeluar produk berkenaan telah dibuat dan pemeriksaan
terakhir adalah pada 20 Februari 2014 dan didapati mematuhi piawaian
pensijilan halal Malaysia. mstar
-- Bayi Kembar Lahir Berpegang Tangan (Gambar)
-- Noryn Aziz Mengandung Selepas 4 Tahun Kahwin Datuk Raja Kamarul Bahrin (Gambar)
-- Nur Fathia Jumpa Keluarga Aiman Hakim (Gambar)
-- Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court
-- Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz (Gambar)
No comments:
Post a Comment