Selepas dikejutkan dengan berita peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said
sebagai Menteri Besar petang Isnin, terbaharu beliau mengumumkan keluar
daripada Umno beberapa jam selepas penggantinya mengangkat sumpah
jawatan.
Berikutan tindakannya itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal ini menjadi calon Bebas. "Saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa
serta-merta. Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi
wakil rakyat bebas bagi Dewan Undangan Negeri Kijal," katanya dalam
sepucuk surat yang ditandatangani olehnya.
Bagaimanapun, Ahmad Said tidak keseorangan apabila Adun Ajil, Ghazali
Taib turut mengisytiharkan keluar daripada Umno berkuatkuasa
serta-merta. Surat berkenaan turut ditandatangani oleh Ghazali. Sumber terdekat dengan Ahmad Said mengesahkan mengenai peletakkan
jawatannya dan beliau akan mengadakan satu sidang media mengenainya pada
Selasa.
Dengan perkembangan terbaharu ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat
masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) Terengganu, di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN, manakala
Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula satu kerusi.
Jika benar Ahmad dan Ghazali keluar meninggalkan Umno ini bermakna
kedudukan kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) boleh
tumbang seandainya mereka memilih untuk menyokong pakatan sebagai wakil
Bebas. Dan jika ini berlaku, Ahmad Razif hanya sempat menyandang jawatan
menteri besar untuk beberapa jam sahaja iaitu yang tersingkat dalam
sejarah negeri itu.
Terdahulu, pada pukul 9.25 malam Isnin, Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad
Razif Abd Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu
yang baharu bagi menggantikan Ahmad Said di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abdin di Istana Syarqiyyah di Cendering dekat Kuala
Terengganu. Spekulasi memuncak kebelakangan ini bahawa Ahmad akan digantikan
berikutan adanya perjanjian tidak rasmi beliau bersetuju mengekalkan
jawatan menteri besar untuk selama setahun selepas Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU-13) tahun lalu. mstar
-- Datuk Ahmad Said Letak Jawatan Menteri Besar Terengganu Diganti Ahmad Razif (Gambar)
-- Datuk Ahmad Razif Dilantik MB Terengganu Adun Seberang Takir Ganti Ahmad Said (Gambar)
-- Pembaca Berita TV3 Dicium Brian McKnight Atas Pentas Konsert Di PWTC?
-- Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim Dan Dayana Di Mekah
No comments:
Post a Comment