ad ld

Saturday, February 19, 2011

(Gambar) Bayi 18 Bln Alami Pendarahan Otak Serius, Patah Kaki Disyaki Didera Pengasuh Di Mantin N9

“Sayu hati saya apabila melihat keadaannya yang sebelum ini ceria kini menderita kerana terpaksa bertarung nyawa berikutan parah di kepala sejak 10 bulan lalu. Doktor beritahu masa depannya masih kabur dan kemungkinan tidak akan menjadi normal seperti kanak-kanak lain,” kata Rina Abdul Halim, 30, mengenai anaknya, Sheena Mohamad Safwan, 18 bulan.


Bayi perempuan itu kini menderita dan masih dirawat selepas mengalami pendarahan otak serius dan patah kaki dipercayai didera pengasuhnya ketika berusia enam bulan. Kejadian itu menyebabkan bayi terbabit menjalani beberapa pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di dalam otak, selain terlantar beberapa bulan di hospital.

Rina berkata, tragedi berkenaan berlaku selepas dia menghantar anak ketiganya itu ke rumah pengasuh di Mantin, Negeri Sembilan, pada April tahun lalu. Menurutnya, ketika dihantar ke rumah pengasuh terbabit, Sheena sihat sebelum dia pergi bekerja di ibu kota menaiki komuter dari Seremban.

Bagaimanapun, pada hari kejadian, saya tidak dapat mengambil Sheena berikutan komuter mengalami masalah sebelum meminta suami mengambil anak saya itu di rumah pengasuh kira-kira jam 5 petang.

Pengasuh terbabit menghubungi kami supaya mengambil Sheena lebih awal dengan alasan hendak membuat persediaan menyambut hari jadi anaknya. Dia mempunyai dua anak perempuan berusia 12 bulan dan tujuh tahun,” katanya.

Menurutnya, dia yang tiba di rumah mula bimbang keadaan Sheena kerana asyik merengek serta menangis bahkan ada ketikanya mengalami kesukaran bernafas. “Saya yang menyangkakan anak kembung perut membawanya ke klinik dan doktor menyatakan mungkin dia tidak selesa kerana demam. “Namun, sebaik dibawa pulang, saya mula perasan terdapat bengkak pada pahanya sebelum membawanya semula ke klinik. Bagaimanapun, Sheena terpaksa dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, selepas keadaannya makin kritikal," katanya.

Rina berkata, ketika di wad kecemasan, dia memberitahu doktor bertugas supaya berhati-hati sebelum menceritakan apa yang berlaku. “Namun segalanya terjawab apabila ujian X-ray mendapati paha anak saya patah dan bengkak di kepalanya kian ketara. Melihatkan itu, saya menghubungi pengasuh terbabit dan bertanyakan hal sebenar. petikan hmetro

-- Sgt pilu tgk keadaan bayi tu.. Paket2 merah tu darah beku yg dikeluarkan drp kepalanya. Semoga dia terus dilindungi-Nya..

6 comments:

...mommy jue... said...

kesian sangat tengok baby tu.. sayu hati nie. anak kita luka sikit pun dah susah hati, macamana pula kalau jadi mcam nie? ish..

Unknown said...

sebak rasa tengok keadaan baby tu, mmg tak ada peri kemanusiaan betul pengasuh yg menderanya...anak kita demam ckit pun kita dah sedih sangat apalagi diperlakukan sebegini.semoga baby ini slmt dan normal spt baby yg lain

FaKArePa!n said...

gila kejam pengasuh dia.. kesian kat budak tu.. gelap masa depan..

Jom rasakan
Keranamu Jalan Jem

BIONIC WOMEN said...

apa ler nak jadi dengan manusia zaman sekarang. Apa agaknya rasa pengasuh tu bila anak2 dia yg dibuat macamnih. Ya Allah, mama hanim, sebab cerita2 macam nih buat saya terus takut nak kerja tau...xperlah x senang, x mewah pun janji anak sentiasa depan mata, terjaga makan minum dan kebajikan. Anak kawan baik eily pun meniggal kat pengasuh...sian sangat

mamaarifakeemaisy said...

dah menangis membayangkan keadaan ank sekecil itu..Gilerlah pengasuh camtu..!!! kejam!! sampainya hati!! eeeiii...

GREENJADE said...

sebak pulak nengok keadaan baby nih..nape la manusia makin kejam la nih eh?