Bagus kan.. Ambil yg jernih buang yg keruh..Chewahh..
PETALING JAYA: Hubungan yang keruh melibatkan pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, dengan keluarga mertuanya kembali jernih apabila kedua-dua pihak sudah menamatkan perselisihan faham yang tercetus hampir tiga tahun lalu.
Peristiwa air mata itu berlaku di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak di sini pada malam Khamis lalu apabila suami Rita, Aidil Zafuan,24,
membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad,58, dan Abdul Radzak Salleh,61, untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.
Ketika tiba di pusat perubatan berkenaan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi. “Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata. Rita juga turut mencium tangan Abdul Radzak sambil kedua-dua mereka meminta maaf di atas segala masalah yang telah berlaku selama ini.
Detik-detik itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Bukan sahaja bermaaf-maafan malah Rita yang kini mengandung lima bulan anak kedua turut menjemput ibu bapa mertuanya itu melawat cucu mereka di rumahnya di Manjalara, Kuala Lumpur pada masa akan datang. “Kalau mak dengan ayah rindu dekat Rayyan, boleh datang melawat,” kata Rita yang tentunya berasa lega dengan peristiwa bersejarah itu.
Kedua-dua pihak memanjatkan rasa syukur kerana kekeruhan yang berlaku dapat dijernihkan apabila mereka berjaya menamatkan sengketa yang telah berlaku. Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada bulan Februari 2008 sehingga menimbulkan kekecohan apabila perkahwinan berkenaan tidak mendapat restu keluarga.
Akibat kejadian itu, kedua-dua pihak gagal mencapai persefahaman untuk berdamai sehinggalah ia berpanjangan. Selain Aidil Zafuan, kembar bintang bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan tersebut iaitu Zaquan Adha turut memilih artis sebagai isteri apabila bernikah dengan Ayu Raudhah pada 21 Januari lalu. mstar
-- Rita Rudaini Berdamai Dgn Mertua: Aidil Kata Damai, Rita Kata Dusta.. Apa Cer?
-- (Gambar) Amy Search Lawat Hairuman Mangsa Renjatan Elektrik Di Hospital
-- (Gambar)Suami Pelakon Wilma Muhammad, Mahir Effendi Pilot Firefly Meninggal Dunia
-- (Gambar) Lelaki Tikam Gadis 19 Kali, Simbah Asid Dipenjara 17 Tahun, 5 Sebatan
3 comments:
air dicincang x kan putus..
ini sangat sweet..!!
itulah yg tbaek..!!
elok lah tu...dok bermusuhan lelama pun bukannya boleh hidup dgn tenang.
Post a Comment