ad ld

Wednesday, January 19, 2011

(Gambar) Org Ramai Kutip Duit Bertabur Lps Kemalangan Hilux Dan BMW Di Km 234 Highway PLUS Susur Keluar Pedas

Lawak btul tgk picca ni.. Org ramai duk asyik kutip duit syiling bertabur 100 meter di highway PLUS lps kemalangan dkt Pedas N9.. Duit free punya pasal, soal keselamatan diri dan org lain cmne? RM74,000 beb..huhu..


-- Orang ramai mengambil kesempatan mengutip duit syiling yang bertaburan di atas lebuh raya dalam kemalangan yang membabitkan sebuah BMW dan 4x4 yang membawa duit syiling di KM 234 susur keluar Pedas. 18 Jan. 2011 REMBAU 18 Jan. – Kebiasaannya orang ramai tidak berani menghampiri kemalangan jalan raya, lebih-lebih lagi jika ia berlaku di tengah lebuh raya. Namun keadaan itu berbeza hari ini apabila pengguna lebuh raya sanggup bergadai nyawa untuk mengutip duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas Lebuh Raya Utara-Selatan dan kawasan rumput berhampiran di sini.

Semuanya disebabkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux yang membawa sebuah peti besi besar berisi duit syiling dirempuh sebuah kereta BMW sebelum terbabas dan terbalik di Kilometer 234, susur keluar Pedas, dekat sini, petang ini.

Ketika ini, orang ramai masih berpusu-pusu mengutip lebihan duit syiling sehingga anggota polis terpaksa mengawal keadaan kerana bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku di lokasi kejadian. - utusan
 
-- Salahkah Besarkan Payu Dara - Wanita Hari Ini (WHI) TV3
-- (Gambar) Mayat Pelajar 15 Thn Dibunuh Ditanam Di Blkg Rumah Di Kg Sadong Jaya Kota Samarahan 
-- Pramugari MAS Chin Swee Len Ditemui Mati Di Amsterdam Belanda 

8 comments:

ieda said...

ada jugak mcm nie .. kalau akak takut lagi adalah huhuhu

BIONIC WOMEN said...

makcik kayo....huhuhu..
duit syiling ajer pun nak gadai nyawa..huhu

Ena said...

lupa pada dosa dok kutip duit org.. haihh!! dan sanggup lupa pada bencana yg menimpa semata2 kerana duit.. haihh!!

econpolics said...

terok gila...menyempat lg tu

Mama Hanim said...

ieda: tu la kan kak.. huhu..

Mama Hanim said...

Eily: klu tlg kutip bg pihak tuan punya tu xpe la gak kan.. tp klu msk poket sndri gak, emmm x tahu lah..

Mama Hanim said...

Ena: tu la, asal nmpk duit je..huhu..

Mama Hanim said...

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN: apa nak jd daa.. kesian tuan punya..