Seorang pelajar perempuan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Arau Perlis ditemui mati dalam sebuah bilik air di asrama terbabit pada Sabtu. Mangsa dikenali sebagai Syarafina Mansor, 18, pelajar jurusan Diploma Sains bagi sesi 2015/2016. Syarafina ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik air kira-kira pukul 2 petang oleh rakannya selepas dia tidak kembali ke bilik selepas dua jam.
