Seorang pekerja kontrak maut dan sembilan lagi cedera dalam kebakaran di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas di Dungun, Khamis.Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kebakaran kira-kira 3 petang itu, menurut kenyataan Petronas Gas Berhad (PGB).