ad ld

Showing posts with label pelajar upsi mati jatuh bangunan 5 tingkat e learning. Show all posts
Showing posts with label pelajar upsi mati jatuh bangunan 5 tingkat e learning. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Pelajar UPSI Maut Jatuh Bangunan E Learning, Gangguan Mistik

Seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikatakan mengalami masalah gangguan makhluk halus, maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan lima tingkat di universiti itu kelmarin.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, dalam siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa, Fatimah Mina Md Juferi, 22, mengalami masalah itu sebelum mengikuti kursus di UPSI dan masih menjalani rawatan tradisional bagi mengatasi gangguan itu.