ad ld

Showing posts with label lelaki mati disengat lebah selamatkan isteri di terengganu. Show all posts
Showing posts with label lelaki mati disengat lebah selamatkan isteri di terengganu. Show all posts

Wednesday, November 3, 2010

Rela Mati Disengat Lebah Demi Selamatkan Isteri

KUALA TERENGGANU 1 Nov: Demi menyelamatkan isterinya, seorang penoreh getah sanggup menggadaikan nyawa apabila merelakan dirinya disengat ribuan lebah sehingga dia terbunuh dalam kejadian di Kampung Tanah Lot, Pasir Gajah, Kemaman, kelmarin.

Akibat kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Ali Din, 54, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kemaman manakala isterinya, Khersiyah Engku Hassan, 51, turut cedera dan dimasukkan ke wad selepas terdapat 102 kesan sengatan pada badannya.