Selepas menerima kecaman daripada pengguna media sosial, Kiki Kamaruddin
iaitu wanita yang didakwa mengamuk terhadap seorang lelaki warga emas
akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka.
Permohonan maaf terhadap pesara berumur 67 tahun yang menjadi mangsa
makiannya di khalayak ramai serta seluruh rakyat Malaysia itu dimuat
naik di laman Facebook rasmi, Kiki Kerja Kahwin.
