Pihak polis sedang giat memburu seorang pemuda yang disyaki menikam gadis bekas tunangnya dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Roze Shaari berkata, pihaknya percaya
suspek yang berusia lingkungan 20-an masih berada di negeri ini. Setakat ini hanya seorang suspek yang dikenal pasti terlibat dan polis sedang berusaha untuk memberkasnya," katanya.
