Seorang penyokong pasukan bola sepak Kelantan didakwa menjadi mangsa serangan peminat fanatik Selangor apabila dahi dan tengkoraknya retak dibaling dengan batu-bata sebaik sahaja perlawanan di antara kedua-dua pasukan itu tamat di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.Ekoran kejadian itu, Tuan Mohd. Rozaimi Tuan Kuning, 37, terpaksa menerima 10 jahitan dalam kejadian yang didakwa berlaku pada pukul 11 malam.