Pelakon dan pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah bahawa beliau telah menampar isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy ketika sedang berbulan mandu di Koh Samui, Thailand.Jimmy, 32, berkata, beliau bertindak demikian setelah kecewa dengan sikap dingin isterinya apabila enggan tidur bersama ketika tiba di destinasi peranginan itu pada 18 Oktober 2010.
Kata Jimmy, sikap dingin Nursuhaila, 26, telah menyebabkan beliau terpaksa menyewa sebuah bilik lain untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku sehari selepas itu.