Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Jumaat atas
tuduhan mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun pada
Selasa lepas.
Noor Faezah Rahman, 39, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di
Blok A-8-19, Flat Seri Pinang pada kira-kira 10 pagi, 28 Oktober
lepas.