Waris Allahyarham AR Tompel meminta Astro memberhentikan terus
tayangan telefilem biopik Saloma Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh di
Astro First Eksklusif (saluran 489 dan 490).
Menerusi satu sidang media khas yang diadakan di Finas semalam, Adlin
Aman Ramlie, meluahkan rasa kesal kerana telefilem yang disifatkan
sebagai penghinaan terhadap bapanya itu masih ditayangkan meskipun
pihaknya menerusi peguam Azam & Co telah mengambil tindakan awal
menerusi penghantaran notis kepada Astro agar telefilem itu segera
dihentikan.
