Produser filem ternama tanah air Julie Dahlan telah meninggal
dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit yang dihidapinya
sejak beberapa tahun yang lalu.
Laporan Harian Metro Allahyarham Julie atau nama sebenarnya Junaidah
Dahlan, 62 telah dikhabarkan meninggal dunia sekitar jam 7.30 malam
30 April dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang.