Anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan atas dakwaan
mendera berkata dia dipukul 'lebih seribu kali' dalam masa setahun. Menerusi rakaman video yang dibuat oleh polis Sweden pada Disember
lalu, Ammar berkata ibunya Shalwati Nurshal sering memukulnya apabila
dia menghentak-hentak kakinya atau menonton video di YouTube dan tidak
bersama keluarga untuk makan malam.
Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin iaitu pengarah Tourism
Malaysia di Stockholm, dibicarakan pada hari kedua di Mahkamah Daerah
Solna di sini atas tuduhan mendera anak-anak mereka. Ammar yang kelihatan gementar pada permulaan video itu bertanya jika ibu bapanya akan mengetahui mengenai temuduga tersebut.
