Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada Jumaat menegaskan
bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim
Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah 'Harus'. Ini termasuk dividen atau bonus yang diterima menerusi kedua-dua skim
pelaburan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof Emeritus Tan Sri
Dr Abd Shukor Husin dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut Abd Shukor, Jawatankuasa Fatwa amat kesal kerana terdapat
pihak-pihak tertentu cuba menimbulkan keraguan dengan memuat naik surat
daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang menyatakan skim
tersebut sebagai tidak patuh Syariah. Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu tuntutan Gabungan Badan
Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (Comango) mengenai hukum melabur dalam
ASB dan AS Nyang telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat
sejak kebelakangan ini.