ad ld

Showing posts with label Thomas Derbyshire. Show all posts
Showing posts with label Thomas Derbyshire. Show all posts

Saturday, November 13, 2010

(Gambar) Putera Jefri Bolkiah Beri Kunci Istana Kpd Peguam Britain

Putera Jefri Bolkiah yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memberikan kunci sebuah istananya kepada seorang peguam Britain dan isterinya sebelum mendapati mereka menyelewengkan wang miliknya melebihi AS$7.25 juta (RM22.4 juta), menurut perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Manhattan seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar semalam.


Peguam, itu Thomas Derbyshire dan isterinya, Faith Zaman dituduh memulakan penipuan untuk melesapkan wang Putera Jefri sebanyak AS$5 juta (RM15.4 juta) bagi membeli beberapa kediaman di California selepas mereka diberi kepercayaan untuk menguruskan empayar perniagaannya.