Gadis berusia 28 tahun ini mengakui ini adalah masa paling tepat untuknya menjalani kehidupan baru dengan keluarga yang sempurna. "Kami merancang untuk mendapat anak kalau boleh tahun depan sebab usia saya pun sudah mencecah 28 tahun. Ini adalah masa yang paling sesuai. Saya mahu menjalani kehidupan sebuah keluarga yang bahagia dan sempurna."Namun begitu itu ia hanyalah sekadar perancangan. Kalau tidak ada rezeki kami terima tapi secara jujurnya saya sudah bersedia menjadi seorang ibu," jelas Annahita.
Anahita dan Saiful Baha diijabkabul di Masjid Sultan Salahuddin, Shah Alam selepas solat Asar, 11 Julai lalu. Menurut Annahita perkenalan yang kurang daripada setahun itu bukanlah penghalang untuk dia menerima lelaki tersebut dalam hidupnya. Dia yakin lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu mampu menjadi seorang suami dan ayah yang baik.
Dalam majlis pernikahajn itu, Annahita turut menerima wang hantaran sebanyak RM21,212.21 dan mas kahwin sebanyak RM2,000. Mereka bakal mengadakan majlis resepsi pada 16 Julai ini di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KGCC), Mont Kiara, Damansara. - Petikan mstar