Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, 72 beg pelbagai saiz berisi wang tunai pelbagai mata wang, barang kemas, jam berjenama dan barang-barang berharga serta 284 kotak berisi beg tangan berjenama termasuk Hermes Birkin dipercayai milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dirampas di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur.


Menurutnya, serbuan itu melibatkan tiga premis di apartmen terbabit, milik seorang individu bergelar 'Tan Sri' dan segala siasatan mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Menurutnya, serbuan itu melibatkan tiga premis di apartmen terbabit, milik seorang individu bergelar 'Tan Sri' dan segala siasatan mempunyai kaitan dengan 1MDB.