ad ld

Showing posts with label 1 ahli Puteri Umno dipukul di Sek Keb Gua Musang. Show all posts
Showing posts with label 1 ahli Puteri Umno dipukul di Sek Keb Gua Musang. Show all posts

Thursday, November 4, 2010

Terkini Keputusan Pilihanraya Kecil DUN Galas: BN (1,576), PAS (881)

BERIKUT kronologi proses hari mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang berlangsung pada Khamis.

TERKINI: Setelah 10 peti undi diterima termasuk undi pos, BN mendahului dengan 1,576 undi manakala PAS mendapat 881 undi. Jumlah peti undi yang berlum diterima ialah 16.

5.20 petang: Sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang, peratus keluar mengundi ialah sebanyak 77.73 peratus atau 8,980 orang. Jumlah tersebut tidak termasuk peti undi Orang Asli iaitu Pos Belatim, Balar dan Bihai. Sebelum ini SPR mensasarkan peratusan keluar memngundi adalah melebihi 80 peratus.

4.25 petang: Sehingga pukul 4 petang, SPR mengesahkan peratusan keluar mengundi ialah sebanyak 69.88 peratus atau 8,073 pengundi keluar mengundi. Tempoh mengundi akan ditutup pada pukul 5 petang.