ad ld

Thursday, March 26, 2015

Mr Os Masih Hidup Hanya Buat Pembedahan Tonsil

Mr Os semakin pulih selepas dimasukan ke Hospital Selayang selama lapan hari sejak 14 Mac lalu kerana menjalani pembedahan penyakit tonsil.

Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid, 54, ketika dihubungi berkata, dia kini semakin sihat selepas membuat pembedahan penyakit itu. Ia sekali gus menamatkan spekulasi tidak benar di media-media sosial mengatakan pelawak itu meninggal dunia.

"Saya telah dimasukan ke hospital selama lapan hari untuk lakukan pembedahan atas masalah kesihatan yang dialami. Kesihatan saya kian beransur pulih selepas keluar dari hospital dan kini masih lagi berehat daripada melakukan sebarang aktiviti luar supaya penyakit itu benar-benar pulih," katanya.

Jelas Os, dia harus mendapatkan rawatan susulan dari hospital berlainan kerana setiap hospital mempunyai kepakaran yang berbeza. Saya harus berpindah-randah dari hospital Selayang ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kerana setiap hospital mempunyai pakar yang berbeza," katanya yang kini tinggal di Gombak, Selangor bersama keluarga.

"Saya harap peminat di luar sana dapat sama-sama mendoakan kesejahtera saya agar saya kembali sihat dan dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa". mstar

-- Adi Putra Masuk Hospital Disyaki Slipped Disc (Gambar)
-- TMJ Dan Che Puan Khaleda Di Majlis Makan Malam Diraja (Gambar)
-- Nori Isteri Khairy Jamaluddin Bersalin Anak Ketiga (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

No comments: