ad ld

Friday, March 13, 2015

Ambil Duit RM1000 ATM Kena GST RM60? Betul Ke?

Auta - Satu gambar resit pengeluaran wang daripada sebuah syarikat perbankan dan mesej telah menjadi viral dan tersebar berhubung cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan bermula 1 April ini.


Berdasarkan mesej di gambar tersebut, secara automatik wang yang dimasukkan di Bank akan dikenakan GST apabila wang tunai dikeluarkan menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM). "Keluar duit sendiri pun kena GST, kalau keluar RM1,000 kita akan dikenakan GST RM60," menurut mesej yang disertakan di gambar yang disebarkan secara meluas baru-baru ini.

Fakta - Kastam menafikan sekeras-kerasnya gambar dan mesej viral yang tersebar luas berhubung pengeluaran wang tunai di mesin ATM, baru-baru ini. Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, mesej seumpama ini sudah tersebar sejak tahun lalu dan pihak kastam telah memberikan penjelasan kepada umum.

"Sekali lagi, saya tegaskan bahawa pengeluaran wang tunai hanya akan dikenakan GST apabila membuat pengeluaran menggunakan perkhidmatan MEPS. "Sebagai contoh, kad CIMB bank yang dikeluarkan menggunakan mesin ATM Maybank akan dikenakan GST. Jika menggunakan mesin ATM CIMB tidak akan dikenakan GST," tegasnya.

Menurutnya lagi, GST tidak dikenakan kepada jumlah pengeluaran wang tunai tetapi bagi setiap transaksi pengeluaran iaitu sebanyak RM1.06 berbanding RM1 sebelum ini. sinarharian

--  Diana Amir Bersalin Anak Perempuan 3.12Kg (Gambar)
--  Dazrin Kamarudin Kemalangan Jalan Raya (Gambar)
--  Diana Danielle Seksi Jadi Model Majalah (Gambar)
--  Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil Dato Zahari Di Yong Peng (Gambar)
--  Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)

No comments: