ad ld

Thursday, March 5, 2015

Raja Abdul Aziz Bekas Akauntan Negara Meninggal Dunia (Gambar)

Bekas Akauntan Negara Datuk Seri Raja Abdul Aziz Raja Salim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) awal pagi Rabu.


Jurucakap Istana Terengganu berkata Allahyarham, yang juga ayahanda saudara kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, meninggal dunia kira-kira 1.15 pagi.

Jenazah diterbangkan ke Terengganu pada 3 petang sebelum dibawa ke Istana Maziah, Kuala Terengganu. Solat jenazah dijangka berlangsung selepas solat Asar sebelum pengkebumian di Makam Diraja Masjid Abidin.

Raja Abdul Aziz, 78, yang juga anggota Lembaga Pengarah K and N Kenanga Holdings, meninggalkan isteri Toh Puan Seri Tengku Ramlah Azizah Sultan Ismail Nasiruddin dan dua anak, Datuk Seri Tengku Azmil Zahruddin dan Tengku Azrina. mstar

--  Rosniza Terjun Dari Kereta Bekas Suami Meninggal Dunia Di ICU 
--  Noryn Aziz Mengandung Selepas 4 Tahun Kahwin Datuk Raja Kamarul Bahrin (Gambar)
--  Perkahwinan Kedua Sharifah Aleeya (Gambar)
--  Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar) 

No comments: