ad ld

Tuesday, March 3, 2015

Ustaz Dihukum Gantung Belasah Murid Tujuh Tahun Sampai Mati (Gambar)

Seorang warden asrama dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang murid tahun satu di Arau, Perlis, empat tahun lalu.


Datuk Mohd Zaki Abd Wahab selaku Pesuruhjaya Kehakiman menjatuhi hukuman mati kepada Hanif Muhammad Ali, 31, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Hanif yang juga seorang ustaz di sebuah sekolah rendah Islam di Arau dituduh membunuh Saiful Syazani Saiful Sopfidee di dalam sebuah bilik warden pada jam antara 6 petang hingga 12 tengah malam, 31 Mac 2011. Tertuduh yang masih bujang dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dihukum mati.

--  Azmil Juara Mentor Legend Dayang Nurfaizah Raih RM300 Ribu Dan Kereta Iriz (Gambar)
--  Bayi 4 Bulan Mati Di Taska Di Desa Pinggiran Putra (Gambar)
--  Guru Penolong Kanan Ditembak Mati Di Luar Pagar Sekolah

No comments: