ad ld

Saturday, March 7, 2015

Benjy Ditahan Kali Ketiga Disyaki Miliki Dadah Turut Ditemui Pistol Di Hotel

Benjy telah ditahan bersama dua individu lain di sebuah hotel di ibu negara kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Hasil pemeriksaan anggota polis dari cawangan Narkotik IPK Kuala Lumpur menjumpai dua peket plastik lutsinar dan satu keratan peket plastik lutsinar mengandungi bahan yang disyaki dadah jenis syabu.

Sementara itu, pemeriksaan terhadap beg tangan pula menjumpai satu peket plastik lutsinar mengandungi 11 peket plastik lutsinar disyaki dadah. Pihak polis turut menjumpai sepucuk pistol angin di dalam sebuah bilik yang mengandungi 14 butir peluru bebola besi.

Kesemua mereka telah ditahan di bawah Sekyen 39(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Sekyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata. Penahanan ini adalah yang ketiga bagi pelakon ini selepas pernah ditahan pada tahun 2009 dan 2011 atas kesalahan sama. mediahiburan

--  Rosniza Terjun Dari Kereta Bekas Suami Meninggal Dunia Di ICU 
--  Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil Dato Zahari Di Yong Peng (Gambar)
--  Bayi 4 Bulan Mati Di Taska Di Desa Pinggiran Putra (Gambar)
--  Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar) 

No comments: