Polis telah menahan dua penuntut institut pengajian tinggi
awam (IPTA) kerana memuat naik video berbaur provokasi di media sosial
kerana mempertikaikan ketelusan sistem kehakiman di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dua penuntut
IPTA yang ditahan itu merupakan mahasiswa daripada Unisel dan Universiti
Sains Malaysia (USM) dan mereka telah ditahan pada Selasa dan akan
direman. Beliau berkata demikian di akaun Twitter miliknya, pada Rabu.
Pada Ahad, sebuah klip video berdurasi satu minit dimuat naik dalam akaun Youtube 'Isis Malaysia 69'. Salah seorang daripada empat lelaki mengisytiharkan bahawa tindakan
mereka itu sebagai memberi isyarat awal protes mereka terhadap sistem
demokrasi yang dikatakan telah rosak.
Ahli kumpulan itu juga dilihat mengacukan koktel Molotov manakala
tiga botol bom tersebut disusun di atas meja di hadapan mereka dengan
bendera Malaysia telah digantung di bahagian belakang. Walaupun tidak menyatakan apa yang telah mencetuskan kemarahan mereka,
salah seorang daripada empat lelaki mengisytiharkan bahawa tindakan
mereka sebagai memberi isyarat awal protes mereka terhadap kerosakan
demokrasi.
"Kepada mana-mana parti yang telah terlalu lama memerintah, kami Anak
Muda Malaysia tahun 2015, dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu
helah selama ini, menggunakan demokrasi, hari ini kami mengisytiharkan
kami tidak lagi percaya kepada sistem demokrasi.
"Andalah yang membentuk kami. Kami terbentuk hasil dari tangan-tangan
anda. Untuk permulaan, sesuai dengan kemampuan permulaan kami terhadap
ketidakpercayaan kepada demokrasi ini, kami akan melakukan satu aksi
bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah pada 18 Februari 2015 jam
11.30 malam.
"Kami akan membakar mercun di mahkamah simbolik kepada kehancuran
sebahagian alat dalam sistem demokrasi. Kami baru bermula dan akan pergi
lebih jauh. Semakin rosak demokrasi yang anda musnahkan, semakin
berkembang dan jauh cara kami menentang," kata seorang lelaki yang duduk
sambil memegang gambar pelakon Nora Danish.
Bagaimanapun mereka tidak menyatakan mahkamah yang akan menjadi sasaran mereka. Mereka kemudian mengakhiri amaran mereka dengan perkataan kesat. mstar
-- Gambar Sekitar Pengkebumian Tok Guru Nik Aziz
-- Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil Dato Zahari Di Yong Peng (Gambar)
-- Isteri Hisyam Hamid Kini Bertudung (Gambar)
-- Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)
No comments:
Post a Comment