Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata dengan penangguhan ini tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 Ahad.
Manakala bagi negeri-negeri lain bermula 12 Januari 2015 Isnin.
No comments:
Post a Comment