Mahu bangkit dari kepiluan sejak insiden itu, isteri kepada pramugara pesawat malang itu, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan kini tampil lebih yakin dengan rekaan jubah dan hijab menggunakan label Diamonds by Diamond.
Menurut Intan Maizura, jenama tersebut merupakan cetusan idea bersama kakaknya, Intan Safina yang dimulakan dengan modal sebanyak RM10,000. Ia diluar jangkaan saya. Saya memang meminati bidang fesyen tapi hasrat untuk berniaga sebelum ini terbatas kerana terikat dengan komitmen pada keluarga dan kerjaya sebagai pramugari," katanya.
Bagaimanapun, wanita berusia 34 tahun ini nyata tampak lebih matang kini apabila ujian besar yang dihadapinya ketika ini umpama satu hikmah dan hasrat itu dipermudahkan Allah dengan diberikan peluang untuk membuka perniagaan sendiri. Intan Maizura yang juga seorang pramugari MAS berkata, koleksi hijab dan jubah tersebut boleh didapati menerusi laman Instagramnya (IG) intanmaizuraothaman atau diamondsbydiamond.
Saya akan bawa Muhammad setiap kali berniaga di gerai pameran. Alhamdulillah, dia budak yang baik dan tidak banyak ragam. Lagipun dia masih lagi menyusu badan dan saya tidak boleh berpisah dengannya terlalu lama," kata Intan Maizura. Sesekali suaranya tidak begitu jelas kedengaran kerana sebak apabila bercerita mengenai anak sulungnya, Iman, 5, yang sehingga hari ini masih bertanyakan bapanya.
"Iman rapat dengan papanya. Walaupun sembilan bulan telah berlalu, dia sentiasa bertanyakan mengenai papanya setiap hari. Saya hanya boleh beritahu dia bahawa papanya di syurga. Dia akan menulis sesuatu kepada papanya dan meletakkan kertas itu di dalam sebuah kotak kecil sebelum tidur. Dia kata mahu tunjuk kepada papanya apabila di syurga nanti. Ia membuatkan saya terdiam seketika lalu menitiskan air mata," katanya. mstar
-- Asmaa Aljuned Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi MH17 Buka Boost Juice Di Cyberjaya
-- (Gambar) Banglo 4 Tingkat Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Terbakar
-- Rozita Che Wan Bercuti Di Paris (Gambar)
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)
1 comment:
Semoga keluarga ini diberikan ketabahan.....amiin..
Post a Comment